Kerajaan Mahu Perluaskan Lampu Jalan LED - Peter Chin

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan berhasrat memperluaskan penggunaan lampu jalan berteknologi 'diod pemancar cahaya' (LED) ke seluruh negara, yang merupakan satu inisiatif teknologi hijau untuk mencapai aspirasi kerajaan mengurangkan pengeluaran karbon diosida.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin berkata pelaksanaan itu bagaimanapun bergantung kepada keputusan projek perintis penggunaan lampu LED yang dijalankan Jabatan Kerja Raya di beberapa lebuh raya di sekitar Lembah Klang.

Beliau berkata lampu LED dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, tahan lama (iaitu sehingga lebih 50,000 jam), mesra alam serta kecekapan pencahayaan yang tinggi.

"Kita mengambil inisiatif mempromosikan penggunaan lampu ini di dalam bangunan, kawasan taman dan kawasan lapang serta di luar bangunan bagi tujuan pencahayaan lampu jalan," katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Dr Yeow Chai Thiam pada persidangan Dewan Negara pada Selasa.

Lampu jalan LED merupakan sistem pertama digunakan di negara ini yang mampu menjimatkan tenaga hingga 60 peratus berbanding lampu sodium serta dapat mengurangkan sebanyak 40 peratus pengeluaran karbon. Lampu itu dipasang sejak Jun tahun lepas di laluan sepanjang 63.1 kilometer merangkumi tiga lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) serta di Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Subang.

Sementara itu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok berkata kementerian menggariskan beberapa inisiatif dalam usaha menggalakkan penggunaan jentera di sektor perladangan di negara ini bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Berikutan itu, katanya kerajaan akan menganjurkan seminar pemindahan teknologi bagi memberi pendedahan mengenai kaedah kejuruteraan semasa kepada pihak industri.

Penyelidikan secara usahasama di antara agensi penyelidikan dengan pihak industri di dalam bidang kejenteraan akan diadakan serta menyediakan insentif melibatkan pengecualian daripada duti import dan cukai jualan untuk mesin atau kelengkapan mesin, katanya menjawab soalan Senator Datuk S. Nallakarupan.

Dompok berkata buat masa sekarang kerajaan belum bercadang mewajibkan ladang untuk meningkatkan penggunaan jentera atau menetapkan sebarang peraturan mengenainya di sektor perladangan dan komoditi di negara ini. "Ini disebabkan beberapa faktor utama yang perlu dipertimbangkan iaitu kos perolehan, penyelenggaraan jentera, praktikal serta kematangan kejenteraan yang baru dibangunkan selain faktor muka bumi dan saiz ladang," jelasnya.

Bagaimanapun, Dompok berkata kementerian sentiasa menggalakkan penggunaan jentera di dalam operasi harian sektor perladangan dan komoditi bagi meningkatkan keberkesanan operasi serta produktiviti.

Katanya langkah itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh asing. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan