Dakwaan Kerajaan Terengganu Rampas Tanah Tidak Benar - Ahmad Said - Berita Semasa | mStar

Dakwaan Kerajaan Terengganu Rampas Tanah Tidak Benar - Ahmad Said

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata dakwaan sekumpulan penyokong PAS bahawa kerajaan negeri merampas tanah rakyat adalah tidak benar sama sekali.

"Ia tidak betul, kita sudah semak tanah yang dikatakan dirampas kerajaan Barisan Nasional (BN), contohnya tanah tapak Sekolah Rendah Islam Darul Bayan, Paka, Dungun. Tanah berkenaan asalnya satu lot tanah seorang pemimpin Umno. Kemudian pemimpin itu minta satu lot lagi, tetapi ia ditolak oleh kerajaan B Npada masa itu.

"Bila tanah itu kosong, ketika PAS menang pilihan raya umum 1999 di Terengganu, ia dipohon oleh orang PAS untuk buat sekolah sebagai tanah tol iaitu tanah milik sementara. Sebagai tanah tol, pemilikan itu perlu disambung dari setahun ke setahun," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pada 2004 apabila Terengganu diperintah semula oleh kerajaan BN, individu berkenaan tidak menyambung pemilikannya ke atas tanah itu.

"Ia kemudiannya dimohon oleh orang lain sebagai tanah milikan tetap dan kerajaan membenarkan ia dijadikan tanah lot dengan lima geran yang sah dikeluarkan kepada lima pemohon berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan negeri ekoran sekumpulan penyokong PAS mengadakan demosntrasi aman di hadapan bangunan Wisma Darul Iman di sini, Selasa. Ahmad berkata kumpulan berkenaan juga tidak puas hati dengan pengambilan balik tanah di Kampung Banggol Donas melibatkan pembinaan jalan baru dari Kampung Banggol Tuan Muda ke Gemuruh.

Beliau berkata kerajaan telah membayar pampasan selain menyediakan tapak rumah baru untuk mereka sebagai ganti tapak lama. "Orang lain yang teribat semuanya sudah berpindah, hanya sekelompok 20 orang PAS ini yang tidak mahu pindah. Takkan kerana dia tak mahu pindah menyebabkan pembinaan jalan lebih RM200 juta terbengkalai," katanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan