Buku 'Fakta Sebenar Dakwaan & Fitnah Terhadap SPR' Tangkis Dakwaan Pembangkang - Aziz

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Peningkatan pengundi baru di beberapa kawasan yang diwakili pembangkang adalah ekoran langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan promosi secara agresif selain suasana semasa yang hampir dengan pilihan raya umum ke-13.

Justeru itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menolak dakwaan bahawa peningkatan jumlah pengundi baru itu adalah sesuatu yang dirancang SPR bagi tujuan tertentu.

"Peningkatan jumlah pendaftaran telah berlaku secara menyeluruh di semua bahagian pilihan raya seluruh negara.

"Perkara ini tidak harus dipertikaikan kerana sehingga Jun 2011, masih terdapat 3.7 juta warganegara Malaysia yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pengundi," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Perkara itu adalah antara yang terkandung dalam buku bertajuk 'Fakta Sebenar di sebalik dakwaan dan fitnah terhadap SPR' yang akan diedarkan SPR di seluruh negara termasuk kepada media, parti politik dan agensi kerajaan. Sebanyak 5,000 buku yang mengandungi 12 jawapan terhadap dakwaan yang ditimbulkan beberapa pihak terhadap SPR, akan diedar di seluruh negara bagi membolehkan orang ramai menilai sendiri dakwaan berkenaan.

Abdul Aziz berkata jumlah mereka yang belum mendaftar yang tertinggi mengikut negeri ialah di Selangor diikuti Wilayah Persekutuan, Johor dan Perak. "Maka, jika peningkatan pendaftaran tertinggi berlaku di Selangor, itu adalah selari dengan fakta yang mana seramai 750,000 warganya belum mendaftar sehingga Jun 2011," katanya.

Beliau berkata terdapat bahagian pilihan raya yang mencatat peningkatan yang tinggi seperti di kawasan P107 Subang sebanyak 34 peratus, P154 Tebrau (34 peratus); P111 Kota Raja (33 peratus); P086 Pekan (33 peratus) dan P032 Gua Musang (30 peratus). -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan