Bayar Balik Pinjaman PTPTN Tanggungjawab Semua Peminjam

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiap yang meminjam adalah bertanggungjawab membayar balik pinjaman mereka, dan ini tidak terkecuali pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Membayar pinjaman bukan sahaja dituntut dalam agama tetapi bagi memastikan kelangsungan fungsi PTPTN dapat dinikmati oleh penuntut yang layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Sambil menyifatkan usaha untuk memansuhkan PTPTN sebagai tidak realistik, Aliya Maisara, 31, berkata PTPTN bukan sahaja diguna untuk membayar yuran pengajian dan keperluan pembelajaran yang lain tetapi juga membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk meningkatkan taraf hidup.

"PTPTN banyak membantu golongan orang susah macam saya yang tidak mampu untuk meneruskan pengajian sehingga ke peringkat universiti kerana ibu dan ayah hanya bekerja kilang.

"Ditambah pula dengan jumlah adik-beradik yang ramai iaitu lapan orang, yang perlu ditanggung, sudah tentu keadaan menjadi lebih sukar. Jadi, PTPTN banyak membantu," kata pegawai sektor awam itu kepada Bernama, di sini, Selasa.

Baru-baru ini, sekumpulan mahasiswa berhimpun dan berkhemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bagi menuntut kerajaan memansuhkan pinjaman PTPTN.

Isu itu turut dipolitikkan pembangkang yang berhasrat memansuhkan pinjaman PTPTN serta-merta jika mereka diberi mandat sebagai kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum ke-13.

Aliya yang kini membayar pinjaman itu secara ansuran bulanan, turut berpendapat kempen untuk memansuhkan PTPTN itu sebagai tidak lebih daripada usaha pembangkang untuk memburuk-burukkan kerajaan dan mana-mana mahasiswa yang berfikiran logik, sudah tentu tidak akan menyokong usaha itu.

Beliau berkata PTPTN adalah pinjaman yang bukan paksaan terhadap pelajar, tetapi atas kehendak masing-masing sama ada mengambil pinjaman itu atau tidak.

Che Mohamad Anis Che Mat, 22, pelajar jurusan Data Komunikasi dan Perangkaian di Universiti Teknologi Mara pula berpendapat gerakan pelajar untuk memansuhkan PTPTN adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan kerana ia bersifat radikal.

"Mereka sepatutnya menggunakan cara yang lebih profesional seperti membuat permohonan untuk mengadakan perbincangan dengan pihak PTPTN kerana saya yakin, pihak PTPTN bersifat terbuka untuk membincangkan sebarang masalah yang dihadapi oleh pelajar," katanya.

Beliau berkata PTPTN turut menuntut pelajar untuk bersaing antara satu sama lain terutama apabila kerajaan mengambil langkah mengecualikan bayaran balik pinjaman kepada mereka yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.

Bagaimanapun, beliau berharap tempoh bayaran balik pinjaman itu dapat dilaksanakan mulai dari enam bulan selepas seseorang graduan itu memperoleh pekerjaan dan bukannya enam bulan selepas tamat pengajian.

Muhammad Izzuddin Alias, 25, eksekutif di sektor swasta turut berpendapat pelajar perlu menjadikannya sebagai motivasi untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama apabila kerajaan mengecualikan pembayaran balik jika pelajar berjaya memperoleh tahap tertinggi itu. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan