Astro Dituntut Sediakan Saluran Khusus Artis India Tempatan

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Tuntutan Jawatankuasa Bertindak Kandungan Kreatif India Malaysia (MICCAF) supaya stesen televisyen berbayar, Astro menyediakan saluran khusus Vaanavil dengan memberi keutamaan kepada hasil karya artis dan pekerja seni kreatif India tempatan adalah wajar.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata Astro perlu meneliti tuntutan badan artis India tempatan itu bagi membolehkan industri seni kreatif golongan itu berkembang seiring dengan kaum lain di negara ini.

Timbalan Presiden MIC itu menafikan dakwaan kononnya parti itu tidak menyedari tuntutan dan perjuangan badan artis berkenaan, sebaliknya menegaskan bahawa MIC tetap bersama dengan MICCAF dan menyokong usaha mereka.

"Permintaan itu memang wajar. Kalau tidak, industri ini (seni dan kreatif) tidak boleh berkembang. Kadang-kadang mereka (Astro) berkata yang mereka boleh membeli produk dengan lebih murah dari pasaran di luar negara, berbanding dengan apa yang mereka akan belanjakan bagi bakat tempatan.

"Kami telah memberitahu mereka (Astro) bahawa mereka juga mempunyai tanggungjawab sosial untuk mengembangkan industri tempatan ini. Jadi mereka mesti benar-benar menyokong golongan ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen perjalanan selamat ke tempat kerja kebangsaan 2012, di sini, Selasa. Kata Subramaniam, beliau sendiri telah memaklumkan kepada Astro untuk meningkatkan hasil karya artis serta pekerja seni kreatif India tempatan dan tidak mengimport produk dari India semata-mata.

"Kita (MIC) membawa perkara ini beberapa kali kepada pihak Astro, saya sendiri ada bercakap dengan Astro satu tahun lepas dan kita akan teruskan usaha itu," katanya.

Awal bulan ini, lebih 100 artis India tempatan mengadakan mogok lapar di Brickfields untuk menuntut Astro mengkhususkan satu saluran untuk menyiarkan hasil karya artis dan pekerja seni kreatif India tempatan.

Namun hasrat mereka itu ditangguhkan selepas Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M.Kayveas yang tiba di situ kemudiannya memberi jaminan bahawa masalah yang dihadapi mereka akan dibawa kepada perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada masa ini, hampir 90 peratus daripada kandungan saluran Vaanavil merupakan produk yang diimport dari India. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan