Ahli Umno Diingatkan Jangan Terlalu Selesa, Perlu Kerja Kuat Pada PRU13

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Anggota Umno diingatkan jangan terlalu selesa, sebaliknya perlu bekerja lebih kuat bagi memastikan Barisan Nasional memperoleh kemenangan cemerlang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Afdal berkata walaupun angin politik sudah berubah dengan rakyat semakin menunjukkan sokongan kepada BN, namun anggota parti perlu terus menggemblengkan tenaga dan bekerja lebih kuat lagi.

"Pilihan raya kali ini dijangka mendapat tentangan hebat dari pembangkang kerana mereka dilihat begitu beriya-iya ingin menduduki Putrajaya dan memerintah negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mesra Rakyat dan Jamuan Kampung anjuran Kemas di Kampung Bangau Tanjung dekat sini, Selasa.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata dalam lawatan dan tinjauannya dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak mendapati sokongan rakyat terhadap BN semakin menggalakkan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak terperangkap dalam taktik kotor pembangkang yang ternyata hanya pandai menabur janji-janji palsu dan memfitnah, tetapi tidak mengotakan janji berkenaan. Katanya beliau yakin penduduk luar bandar akan terus memberi sokongan kepada kerajaan pimpinan BN berikutan pelbagai usaha yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata kementeriannya memperuntukkan RM311 juta untuk projek luar bandar di seluruh Pahang untuk tahun ini.

Antara projek itu, pembinaan dewan orang ramai di Kampung Bangau Tanjung, pembinaan 10 buah rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di daerah Temerloh dan membaik pulih Rumah Sejahtera. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan