761 Lagi Dapat MyKad Di Kedah - Berita Semasa | mStar

761 Lagi Dapat MyKad Di Kedah

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PADANG SERAI: Seramai 761 masyarakat India di Kedah yang sebelum ini tidak memiliki MyKad sudah memperolehnya sementara kira-kira 400 lagi sedang dalam proses penyiapan kad pengenalan mereka oleh Jabatan Pendaftaran Negara, kata Pengerusi Perhubungan MIC Kedah, S. Ananthan.

"Mungkin ada lagi sebilangan kecil yang tercicir ketika kempen membuat MyKad dijalankan. Namun pemimpin masyarakat India serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan sentiasa memberi kerjasama untuk mengatasi masalah tersebut," katanya kepada Bernama selepas majlis penyampaian Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di sini Selasa.

Pasukan Petugas Khas Bagi Kaum India tahun lalu mengenal pasti lebih 1,000 masyarakat India di Kedah yang masih tidak memiliki MyKad.

Terdapat lebih 46,000 masyarakat India di Kedah.

Pada masa yang sama, Ananthan menyelar tindakan pihak pembangkang yang memainkan isu mengenai ketiadaan MyKad di kalangan masyarakat India.

Bagaimanapun katanya, rakyat khususnya kaum India sudah muak dengan retorik pemimpin pembangkang yang telah hilang haluan dalam perjuangan untuk rakyat. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan