Peter Chin Umum Tiga Calon SUPP

Diterbitkan: Isnin, 23 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Peter Chin mengumumkan tiga nama sebagai antara calon parti itu untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang tetapi membisu mengenai kedudukan dirinya.

Anggota Parlimen bagi Serian yang juga Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem dan anggota Parlimen Sarikei, Ding Kuong Hiing dikekalkan sebagai calon manakala Ketua Pemuda parti itu, Tan Kai, seorang muka baru, diperakukan bertanding di Bandar Kuching.

Bercakap kepada pemberita di akhir mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu di sini, Chin berkata Jawatankuasa Perhubungan Parlimen akan memutuskan menjelang 30 April siapakah yang menjadi calon bagi Miri di mana beliau adalah Anggota Parlimen sekarang.

"Saya akan serahkan kepada jawatankuasa berkenaan (bagi Miri) memutuskannya (sama ada saya patut dikekalkan atau tidak sebagai calon di situ)," katanya.

Beliau berkata jawatankuasa yang dianggotai beliau sendiri, Riot dan Setiausaha Agung parti, Dr Sim Hui Kian akan meneliti enam nama yang telah dikemukakan bagi kawasan Stampin, yang wakilnya sekarang Datuk Yong Khoon Seng, memutuskan tidak mahu dicalonkan semula.

Chin berkata CWC tidak dapat memutuskan calon bagi kerusi Sibu dan Lanang kerana jawatankuasa perhubungan parlimen kawasan berkenaan masih belum menyerahkan sebarang nama sehingga ke hari ini.

Jawatankuasa di Sibu diketuai oleh bekas Timbalan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Wong Soon Koh, manakala Datuk Tiong Thai King memimpin jawatankuasa di Lanang.

Wong yang mengetuai puak yang menyatakan tidak puas hati dengan hasil perhimpunan tiga tahun sekali parti itu baru-baru ini, mengumumkan bahawa seorang pemimpin masyarakat tempatan, Vincent Lau, sebagai calon SUPP bagi Sibu manakala Tiong ingin mempertahankan kerusi Lanang.

SUPP, yang merupakan parti politik tertua di Sarawak, memenangi enam daripada tujuh kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke 12 pada 2008.

Parti itu dilihat akan menghadapi tentangan kuat dalam pilihan raya umum ke 13 nanti berikutan prestasi buruk dalam pilihan raya negeri tahun lepas di mana tewas 13 daripada 19 kerusi yang ia masuk bertanding. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan