Penyenaraian FGVH Satu Langkah Tepat - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Isnin, 23 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) merupakan satu inisiatif tepat sejajar dengan matlamat transformasi negara terhadap industri sawit negara ke pasaran saham.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan memberitahu persidangan Dewan Negara hari ini bahawa inisiatif itu dianggap sebagai langkah tepat memandangkan harga komoditi sawit ketika ini berada pada paras tinggi.

"Kita sudah setuju untuk senaraikan pada Jun ini, namun apa yang penting kita lihat harga sawit amat tinggi dan sesuai untuk mengapung syarikat perladangan di negara ini," katanya semasa menjawab soalan tambahan Senator Mumtaz Md Nawi mengenai rasional FGVH disenaraikan di Bursa Malaysia pada Jun ini.

Terdahulu, ketika menjawab soalan Senator Ahmad Hussin mengenai faedah yang akan dinikmati peneroka dan kakitangan Felda apabila FGVH disenaraikan di Bursa Malaysia, Ahmad berkata kajian manfaat penyenaraian telah dibuat dengan teliti oleh Lembaga Pengarah dan Pengurusan bersama perunding strategi serta penasihat. "Kajian itu merumuskan bahawa FGVH berada di landasan kukuh untuk disenaraikan pada pertengahan tahun ini berdasarkan prospek perniagaan serta industri yang memberangsangkan," katanya.

Beliau berkata proses penyenaraian yang dimulakan pada suku akhir tahun lepas kini berada pada fasa terakhir termasuk menunggu kelulusan Suruhanjaya Sekuriti dan pihak berkuasa berkaitan.

"Risiko perniagaan tetap ada dalam apa jua perniagaan, namun saham melibatkan perladangan serta minyak sawit adalah stabil. Apabila FGVH tersenarai kelak, ia akan tertakluk kepada peraturan serta garis panduan tadbir urus yang ketat bagi memastikan pengurusan risikonya lebih sistematik, menyeluruh dan telus.

"Ia juga akan dapat meningkatkan keupayaan FGVH untuk menguruskan risiko-risiko perniagaan dengan lebih baik," katanya.

Ahmad turut mengulas isu segelintir warga Felda yang masih menentang usaha penyenaraian itu disebabkan hasutan pihak tertentu yang mempunyai agenda serta kepentingan peribadi.

"Pihak tidak bertanggungjawab ini telah memutar belit fakta yang bertujuan memburukkan imej Felda di mata warga Felda serta masyarakat di luar sana," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan