PAS Enggan Benarkan Zaid Ibrahim Bertanding Di Parlimen Kota Baru

Diterbitkan: Isnin, 23 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: PAS Kota Baru enggan memberikan ruang kepada Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen tersebut pada pilihan raya umum ke-13.

Timbalannnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kepimpinan PAS di peringkat negeri telah mencapai konsesus bahawa kawasan Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri akan hanya ditandingi oleh ahli PAS.

"Kami tidak akan menyerahkan sebarang kerusi kepada sesiapa pun termasuk parti dalam Pakatan Rakyat. Semua kawasan di sini kepunyaan PAS," katanya.

Beliau berkata Zaid boleh bertanding di kerusi Parlimen Kota Baru sebagai calon parti Kita tanpa mendapat sokongan daripada Pakatan Rakyat.

Pada Ahad, Zaid dilaporkan berkata beliau berminat untuk bertanding di Parlimen Kota Baru kerana beliau pernah bertanding di kerusi tersebut sebelum ini.

Beliau berharap PAS akan memberikan laluan kepadanya.

Takiyuddin berkata telah memulakan siri jelajah untuk mempromosikan dirinya sebagai calon yang sesuai di kerusi berkenaan.

Beliau mendakwa Zaid memberi tanggapan kepada orang ramai dia mempunyai hubungan kerjasama dengan PAS.

"Saya ingin tegaskan di sini, Zaid tidak akan tersenarai dalam kempen pilihan raya kita, Beliau ada partinya sendiri," kata Takiyuddin.

Beliau berkata PAS Kelantan telah belajar daripada sejarah hitam yang lalu kerana membenarkan Datuk Paduka Ibrahim Ali bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum 2008.

"Selepas Ibrahim menang, beliau memutuskan kerjasama dengan PAS dan menubuhkan badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak orang Melayu iaitu Perkasa yang mana menjadi ancaman bukan sahaja kepada PAS malah penduduk bukan Bumiputera di negara ini

"Kami tidak mahu perkara yang sama berulang lagi. Sekali digigit cukuplah," kata Takiyuddin.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan