KPT Akan Dapatkan Maklumat Mahasiswa Ditaja Jalani Latihan Demonstrasi

Diterbitkan: Isnin, 23 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung pendedahan terdapat mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditaja bagi menjalani latihan demonstrasi di luar negara.

Mohamed Khaled berkata oleh kerana pendedahan itu dibuat Mohd Puad, beliau perlu bertanya dan mendapatkan gambaran lengkap pendedahan itu sebelum boleh memberikan kenyataan lanjut. "Itu (pendedahan) saya tak cakap, orang lain yang cakap, nanti saya kena tanya dia lah untuk dapat detail," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kompleks Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaya di universiti itu di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini berhubung pendedahan Mohd Puad bahawa dua penuntut IPTA mengaku kepadanya yang mereka ditaja sebuah parti politik untuk mempelajari dan berlatih cara mengadakan demonstrasi jalanan yang dianjurkan pertubuhan di negara luar termasuk Indonesia.

Menurut laporan itu, mahasiswa terbabit dipujuk bagi mengikuti perjuangan parti politik berkenaan sebelum dihantar mengikuti kursus 'demonstrasi jalanan' di mana tujuan utama kumpulan itu adalah bagi menimbulkan kekacauan dan provokasi kepada pihak berkuasa seterusnya menarik perhatian media serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing.

Mohd Puad turut mendedahkan dua mahasiswa itu turut memberitahunya bahawa mereka dijanjikan pelbagai habuan termasuk wang ringgit dan semua perbelanjaan ditanggung parti politik berkenaan dan diberi jaminan akan dibela serta 'dijaga' jika dikenakan tindakan disiplin atau undang-undang daripada pihak universiti dan pihak berkuasa.

Berhubung kempen memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat yang rancak dilakukan pihak pembangkang, beliau berkata jika dimansuhkan, ia akan menyebabkan peluang memasuki universiti terhad kepada mereka yang benar-benar cemerlang dan daripada keluarga berpendapatan tinggi.

Mohamed Khaled berkata sebelum PTPTN diperkenalkan pada tahun 1990-an, universiti hanya menerima kira-kira 27,000 kemasukan, kebanyakannya hasil dermasiswa dan biasiswa kerajaan berbanding lebih kurang 230,000 pelajar selepas pinjaman itu dilaksanakan ketika ini.

"Kalau tidak kerana dermasiswa dan biasiswa, mereka yang berpeluang memasuki universiti adalah hanya daripada kalangan keluarga berpendapatan tinggi," katanya.

Mengambil contoh sebuah negara yang menawarkan pendidikan percuma, Mohamed Khaled berkata oleh kerana perbelanjaan hanya ditumpukan kepada pendidikan, negara berkenaan ketinggalan dalam aspek pembangunan sektor lain malah bilangan pelajar pengajian tinggi juga tidak begitu ramai dan pengangguran adalah tinggi.

Katanya keadaan ini berbeza dengan Malaysia di mana daripada 28 juta penduduk, tanpa mengambil kira lain-lain institusi kemahiran, terdapat lebih sejuta daripada rakyat memasuki universiti. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan