JPJ Kelantan Lelong Motosikal Serendah RM80

Diterbitkan: Isnin, 23 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Sebuah motosikal yang dilelong serendah RM80 adalah antara 19 kenderaan awam yang dilelong oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan yang berjaya mengumpul jumlah lelongan bernilai kira-kira RM16,800 pada siri lelongan pertama untuk tahun ini pada Isnin.

Pengarahnya Abdul Ghani Che Kassim berkata lelongan tersebut membabitkan 13 buah kereta persendirian, tiga buah motosikal dan tiga buah lori.

"Bidaan tertinggi yang kita terima pada lelongan kali ini bernilai RM4,200 bagi sebuah lori manakala lelongan terendah adalah sebuah motosikal bernilai RM80. "Kenderaan yang dilelong adalah skrap iaitu tidak boleh dilesenkan kembali dan pembida yang ingin membuat bidaan juga perlu mempunyai lesen barang lusuh," katanya kepada pemberita selepas majlis lelongan tersebut di sini.

Seramai 70 pembida menyertai majlis lelongan itu yang turut disaksikan wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Abdul Ghani berkata lelongan itu dibuat hasil beberapa rampasan yang dijalankan pihaknya berikutan kenderaan tersebut mempunyai kesalahan bagi kes nombor casis yang dipinda.

Kira-kira 30 kenderaan lagi akan dilelong pada siri kedua yang tarikhnya akan ditetapkan kemudian, katanya.

Beliau berkata tiga lelongan yang diadakan tahun lalu menghasilkan jumlah lelongan RM75,790 ke atas 81 kenderaan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan