DBKL Berkeras Tolak Bersih Di Dataran Merdeka

Diterbitkan: Isnin, 23 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertegas tidak membenarkan sebarang perhimpunan yang tidak bersifat nasional termasuk Bersih 3.0 untuk diadakan di Dataran Merdeka yang dijadual pada Sabtu ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail bagaimanapun berkata, pihaknya sedia menawarkan dua lokasi lain milik DBKL sekiranya Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tetap mahu mengadakan perhimpunan sedemikian di kawasan Kuala Lumpur.

"Kami konsisten dalam menentukan acara bagaimana yabg boleh diadakan di Dataran Merdeka dan perhimpunan Bersih memang tidak dibenarkan.

"Namun DBKL ada dua lokasi yang lebih selesa untuk mereka iaitu di Stadium Bola Sepak Cheras dan Stadium Titiwangsa," katanya pada sidang media bangunan DBKL di sini, Isnin.

Bersih 3.0 dijangka akan mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka Sabtu ini bertujuan menuntut reformasi sistem pilihan raya.

Sebelum ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya membenarkan sebarang perhimpunan aman termasuk Bersih 3.0 yang akan dianjurkan di ibu negara pada 28 April ini kerana ia dianggap sebagai tidak menggugat keselamatan negara.

Malah Hishammuddin berkata pihaknya juga tidak menghalang penganjur perhimpunan aman untuk menggunakan Stadium Bukit Jalil atau Stadium Merdeka sebagai kawasan untuk berhimpun namun mereka perlu membuat permohonan kepada pihak pentadbiran stadium berkenaan terlebih dahulu.

Mengulas lanjut Ahmad Fuad berkata perhimpunan Bersih 3.0 yang dijangka diadakan itu hanya akan menyusahkan orang ramai terutamanya peniaga di kawasan sekitar.

Jelas beliau aktiviti perniagaan seperti di Masjid India akan terjejas ekoran kebimbangan orang ramai untuk datang ke kawasan itu.

"Timbul ketakutan di kalangan orang ramai dan mereka akan pergi ke tempat lain untuk membeli belah. Ini jelas merugikan aktiviti perniagaan di sesuatu kawasan.

"Bila kita tutup jalan bagi perhimpunan itu, ia juga akan memberi kesan kepada pendapatan pemandu-pemandu teksi," katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan