BN Selangor Tubuh 'Pakar' Sebagai Medium Komunikasi Parti Dengan Rakyat

Diterbitkan: Isnin, 23 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor menubuhkan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional (Pakar) yang berfungsi sebagai medium komunikasi dan perkhidmatan parti itu kepada rakyat.

Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata Pakar yang terletak di Tingkat 9, Bangunan Umno Selangor di sini telah pun beroperasi dan boleh dihubungi di talian 1-300-22-2626 pada bila-bila masa.

Beliau berkata orang ramai boleh membuat sebarang aduan berhubung wakil rakyat di kawasan mereka, isu seperti kegagalan pengurusan masalah sampah, pertanyaan mengenai program BN seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia serta maklumat berkaitan parti itu.

"Orang ramai boleh buat aduan atau sebarang pertanyaan berhubung parti dengan menelefon dan bercakap dengan wakil kami yang bertugas dari pukul 9 pagi hingga 6 petang dari Isnin sehingga Jumaat atau meninggalkan pesan.

"Setiap maklumat yang diperoleh akan diberi perhatian, termasuk mengambil tindakan yang sewajarnya serta dimajukan kepada pihak berkenaan," katanya dalam sidang media di sini, Isnin. Mohd Zin berkata selain sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13, Pakar akan terus memainkan peranan sebagai pusat sehenti yang menjadi medium penghubung antara parti dan rakyat.

Beliau berkata selain menerima panggilan serta aduan, Pakar juga akan membuat panggilan kepada rakyat mengikut data yang diperoleh dari setiap bahagian bagi mendapatkan maklumat berhubung program yang dianjurkan oleh parti itu serta respons berkaitan pemimpin masing-masing.

Sementara itu, Mohd Zin berkata tindakan kerajaan Selangor yang dikatakan enggan menyertai pilihan raya serentak dengan kerajaan persekutuan merupakan taktik politik yang sengaja dibangkitkan oleh mereka.

Beliau berkata alasan mereka kononnya berlaku penipuan dalam senarai daftar pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga tidak berasas kerana SPR telah menetapkan tempoh untuk bantahan bagi setiap senarai daftar baru yang dikeluarkan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan