Ahmad Said Kesal Kes Dera Kanak-kanak Masih Berlaku

Diterbitkan: Isnin, 23 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said meminta rakyat lebih peka dan berharap kejadian penderaan ke atas kanak-kanak tidak berulang.

Beliau mengulas kes Mohd Danish Aiman Abdullah yang berumur dua tahun setengah yang dilaporkan didera oleh teman lelaki ibunya sehingga dia koma dan terpaksa dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Katanya ibu kanak-kanak malang terbabit atau sesiapa yang mengetahui mengenai kes sedemikian perlu melaporkannya kepada pihak polis.

Beliau turut kesal kerana ini bukan pertama kali mangsa dilakukan sedemikian rupa.

Menurut Ahmad, berdasarkan laporan doktor, Mohd Danish telah didera berulang kali berdasarkan kesan lama dan parut yang terdapat di badan kanak-kanak itu.

"Saya sedih dengan kes yang menimpa mangsa, sepatutnya ibu mangsa perlu memainkan peranan bukannya membiarkan perkara ini terus berulang," katanya ketika melawat mangsa di hospital hari ini.

Beliau berharap dengan kejadian yang menimpa mangsa dan laporan yang dilaporkan media dapat dijadikan pengajaran kepada orang ramai agar perkara seperti itu tidak berulang.

Menurutnya perkara itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan berharap individu yang mendera kanak-kanak terbabit dibawa ke muka pengadilan dan mendapat hukuman setimpal.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa yang turut melawat kanak-kanak itu berkata usaha mengesan dan memburu suspek yang berumur 31 tahun tersebut yang berasal dari Kampung Tualang, Manir masih giat dijalankan.

Katanya suspek yang juga seorang pengganggur mempuyai 10 rekod jenayah lampau berkaitan curi, culik, rusuhan dan dadah.

"Pihak polis telah mengedarkan gambar suspek, kita percaya suspek masih berada di sekitar Kuala Terengganu dan menyembunyikan diri setelah menjadi buruan polis bersabit kes dera terbabit," katanya.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai maklumat berkaitan suspek dapat menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Kanak-kanak itu dipercayai koma setelah ditampar oleh suspek Sabtu lalu.

Kejadian dipercayai berlaku akibat perselisihan faham antara ibu mangsa dengan suspek di rumah keluarga suspek.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan