RM8.5 Juta Untuk Projek Pembangunan Di Nibong Tebal - PM

Diterbitkan: Ahad, 22 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahad, mengumumkan peruntukan berjumlah RM8.5 juta untuk projek pembangunan di kawasan Parlimen Nibong Tebal demi memastikan keselesaan dan kemudahan untuk penduduk di kawasan itu.

Perdana Menteri berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) akan buat yang terbaik untuk membantu dan memberi kemudahan kepada rakyat.

"Rakyat mesti kita bela, mesti kita dahulukan," katanya dalam ucapan pada majlis jamuan rakyat 1Malaysia di Kampung Simpang Tiga, Sungai Acheh di sini, Ahad, yang dihadiri kira-kira 20,000 orang.

Peruntukan itu bagi pembinaan sebuah dewan orang ramai bernilai RM3 juta, mengecat semula pangsapuri (RM2 juta), membaik pulih rumah di perkampungan kaum India dan perkampungan Cina (RM2 juta) dan membina semula Sekolah Agama Rakyat (SAR) Al-Amin (RM1.5 juta).

Najib berkata BN merupakan sebuah parti yang konsisten dalam perjuangan dan membela rakyat bagi memastikan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat hidup selesa dan harmoni.

"Kerajaan BN adalah kerajaan yang konsisten, saya tidak kata kita sempurna dalam segala-galanya, kita juga ada kelemahan tetapi kecil, bagaimanapun jasa kita sejak dulu lagi terlalu banyak membawa kepada perubahan kepada landskap setiap keluarga di Malaysia," katanya.

Beliau berkata dasar dan prinsip perjuangan BN adalah berlaku adil terhadap semua kaum. Selain itu, Perdana menteri berkata beberapa perancangan pembangunan juga sedang dirangka bagi Malaysia mencapai ststus negara maju di masa hadapan dan satunya daripada perancangan itu adalah menjadikan Pulau Pinang sebagai hab pembangunan pertumbuhan ekonomi negara.

"Dalam perancangan baru, kita lihat bandar-bandar besar adalah nadi pertumbuhan ekonomi negara, ada tiga pusat lain termasuk Pulau Pinang yang akan dijadikan hab pembangunan negara.

"Kita akan masukkan ini dalam manifesto BN (bagi pilihan raya umum ke-13 akan datang), janji kita Pulau Pinang akan jadi satu lagi hab utama negara dengan beberapa perancangan yang akan dihuraikan nanti," katanya.

Dalam pada itu, Najib turut menjawab tohmahan pengkritik politik yang mengatakan BN tidak berubah:"BN sanggup lakukan perubahan dan kita mampu untuk berubah". - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan