Penganiaya Binatang Hadapi Hukuman Lebih Berat Bawah Pindaan Undang-Undang - Berita Semasa | mStar

Penganiaya Binatang Hadapi Hukuman Lebih Berat Bawah Pindaan Undang-Undang

Diterbitkan: Ahad, 22 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penganiaya binatang kesayangan berhadapan hukuman penjara atau dikenakan penalti lebih berat di bawah cadangan pindaan kepada Akta Binatang 1953 (Semakan 2006).

Timbalan menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong berkata kementerian itu akan berunding dengan pihak berkaitan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mereka dalam industri dan orang awam bagi mendapatkan input mereka sebelum memutakhirkan pindaan yang dicadangkan.

Katanya, akta yang ada sekarang tidak mencukupi dalam menghadapi keperluan menjaga kebajikan binatang berikutan berubahnya masa dan gaya hidup pemelihara binatang kesayangan.

"Kita akan memasukkan banyak perkara yang tidak diliputi akta berkenaan termasuk soal kebajikan binatang oleh kerana perubahan masa dan perlu mengambil kira gaya hidup pemelihara binatang terutama terhadap penyeksaan haiwan.

"Buat masa ini kita sedang mengkaji menambah penalti terhadap penganiayaan binatang kesayangan daripada RM200 kepada RM50,000 dan semestinya termasuk juga hukuman penjara oleh mahkamah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis tamat program latihan anjing di Bandar Utama di sini Ahad.

Program tersebut anjuran Yayasan Kebangsaan Kebajikan Binatang Malaysia (MNAWF) bertujuan mendidik, mengembangkan hubungan manusia dengan binatang dan kegiatan sosial antara binatang kesayangan dengan penjaga mereka.

Chua berkata kementerian itu akan menjalankan beberapa inisiatif dalam memajukan sikap penyayang masyarakat terhadap binatang termasuk memperkenalkan garis panduan kebajikan binatang untuk penjaga ternakan dalam amalan terbaik mengandalikan binatang kesayangan dan ladang ternakan seperti ayam.

Katanya, kementerian itu juga sedang mengkaji satu sistem pengitirafan terhadap penjagaan kebajikan binatang seperti di kedai haiwan kesayangan dan pusat pembiakan, katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan