Pembangkang Takut Hadapi Perubahan Rakyat - Noh - Berita Semasa | mStar

Pembangkang Takut Hadapi Perubahan Rakyat - Noh

Diterbitkan: Ahad, 22 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Cadangan Pakatan Rakyat agar kerajaan Selangor tidak mengadakan pilihan raya serentak dengan kerajaan Persekutuan menunjukkan pakatan pembangkang itu takut menghadapi angin perubahan politik di negeri itu yang berpihak kepada Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata alasan Pakatan Rakyat 'untuk memastikan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)' terlebih dulu bersih adalah helah untuk mengelirukan pemikiran rakyat.

"Pembangkang sekarang sengaja cari alasan... sebab mula sedar bahawa angin perubahan politik di negeri ini yang menjejaskan sokongan rakyat terhadap mereka.

"Mereka takut melepaskan kuasa mereka kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Jimat Belanja Dapur FASA 3 di Pasar Tani di sini, Ahad.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini berkata Selangor tidak akan mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Parlimen selagi SPR tidak membersihkan daftar pemilih negeri itu.

Mengulas lanjut, Noh berkata BN tidak mempunyai masalah sekiranya Pakatan Rakyat yang menerajui Selangor mahu mengadakan pilihan raya negeri berasingan sebab yakin kemenangan itu akan berpihak kepada BN.

Mengenai program pada Ahad, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata Program Jimat Belanja Dapur yang diperkenalkan Fama adalah untuk membantu meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Program Jimat Belanja Dapur Fasa 3 menawarkan jualan 22 komoditi utama seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam serta ikan pada potongan harga antara lima hingga 30 peratus lebih rendah dari harga pasaran. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan