Orang Ramai Boleh Pastikan Kesahihan Doktor Pakar Tidak Lama Lagi

Diterbitkan: Ahad, 22 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG: Kira-kira 5,000 doktor pakar wajib mendaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM) di bawah pindaan terkini Akta Perubatan 1971.

Undang-undang yang dipinda memerlukan pakar mendaftar di pejabat pendaftar di bawah MPM.

"Orang ramai boleh merujuk kepada laman web pejabat pendaftaran untuk mengetahui sama ada seseorang doktor itu benar-benar pakar dalam bidang masing-masing," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai selepas majlis pelancaran seminar Panel Penasihat Klinik Kesihatan, Sabtu.

Beliau berkata pendaftaran ini akan mencegah kes-kes seperti ahli kardiologi melaksanakan tugas ahli Ortopedik atau ahli dermatologi menjalankan pembedahan plastik walaupun tidak pakar dalam bidang itu.

Bagaimanapun, beliau berkata pendaftar tidak akan menghalang pakar daripada mendaftar sebagai pakar dalam pelbagai bidang perubatan jika mereka layak.

Liow juga berkata kira-kira 35,000 doktor perlu untuk memperbaharui lesen pengamalan tahunan mereka yang juga termasuk dalam sistem berasaskan mata untuk memastikan mereka sentiasa mengikuti perkembangan perubatan terkini.

"Sebagai contoh, mereka perlu menghadiri seminar atau konvensyen untuk menunjukkan bahawa mereka mengikuti perkembangan terkini dan konsisten memperoleh pengetahuan baru," katanya.

Beliau memberi amaran kepada doktor yang gagal untuk memperbaharui lesen tahunan mereka untuk tempoh enam tahun akan dihalang daripada menjalankan tugas dan dikehendaki menduduki ujian sebelum lesen baru dikeluarkan.

Beliau berkata peraturan baru ini adalah antara pindaan terhadap Akta Perubatan 1971 yang telah dibentangkan di Parlimen awal minggu lalu dan dijangka akan diluluskan pada persidangan akan datang.

Mengenai perkara berasingan, Liow berkata peranan 661 Panel Penasihat Klinik Kesihatan akan diperluaskan untuk menyelia program kesihatan berasaskan komuniti untuk kira-kira 2,000 klinik desa di seluruh negara.

Beliau berkata, panel terdiri daripada 9,896 sukarelawan, telah menerima sebanyak RM3.5 juta untuk pelbagai program.

Liow berkata sebanyak RM12 juta juga telah diketepikan untuk karnival kesihatan di peringkat daerah dan kampung.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan