Mangsa Dera Mohd Danish Aiman Kini Stabil Setelah Jalani Pembedahan

Diterbitkan: Ahad, 22 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kanak-kanak malang yang dipercayai mangsa penderaan teman lelaki ibunya selamat menjalani pembedahan bagi membuang pendarahan pada otak mangsa petang Sabtu.

Mohd Danish Aiman Abdullah, tiga tahun kini dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata pihaknya masih giat mengesan suspek berumur 31 tahun yang merupakan teman lelaki ibunya yang berasal dari Kampung Tualang, Manir, di sini.

Pihaknya percaya suspek yang tidak bekerja itu telah menghilangkan diri dan bersembunyi setelah mengetahui pihak polis sedang memburunya.

"Setakat ini kita telah menjalankan siasatan dan turut mengambil keterangan ke atas beberapa orang termasuk ibu mangsa berumur 22 tahun namun belum menemui petunjuk di mana suspek bersembunyi," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau turut meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai maklumat berkaitan suspek yang bernama Azhar Jusoh, dapat menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Kanak-kanak itu koma setelah dipercayai didera dengan ditampar oleh teman lelaki ibunya dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku akibat perselisihan faham di antara ibu mangsa dengan lelaki berkenaan di rumah milik keluarga suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan