KITA Kedah Umum Nama Empat Calon Bakal Bertanding PRU-13

Diterbitkan: Ahad, 22 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Ahad, mengumumkan nama empat calon yang bakal bertanding di negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Presiden KITA Datuk Zaid Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata mereka akan diletakkan bertanding di kawasan Parlimen Sungai Petani, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, DUN Sungai Tiang dan DUN Gurun.

"Setakat ini kita umum empat orang sahaja dulu dan bila ada lagi calon yang sesuai kita akan umumkan lagi secara berperingkat," katanya kepada pemberita pada Majlis Beramah Mesra Dengan Ketua Parti KITA bersama Anggota Jawatankuasa KITA Kedah di sini, Ahad.

Empat calon itu ialah ahli perniagaan Suhaimi Hashim (Parlimen Sungai Petani), ahli perniagaan Cherean Isen (DUN Sungai Tiang), ahli perniagaan Ong Choon Seng (DUN Gurun) dan Pengerusi KITA Kedah Kamal Naseer Thow Beek (DU NBukit Selambau).

Zaid berkata beliau tidak mempunyai sasaran bilangan calon KITA yang akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana apa yang penting mendapatkan calon yang benar-benar layak dan tidak mempunyai masalah serta mampu memperjuangkan nasib rakyat. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan