JMM Ketuai 7 NGO Berhimpun Bantah LGBT

Diterbitkan: Ahad, 22 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengetuai tujuh badan bukan kerajaan (NGO) Melayu berhimpun secara aman di padang Stadium Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia di Serdang dekat sini, pada Sabtu bagi membantah usaha pihak tertentu menghalalkan seks bebas dan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.

Presiden JMM Azwan Din Hamzah, yang mengetuai perhimpunan itu, berkata Perhimpunan Aman Anti Seks Bebas LGBT diadakan kira-kira tiga jam mulai 2 petang dan disertai kira-kira 7,000 orang.

Beliau berkata amalan LGBT, jika dibenarkan berterusan, boleh membawa kemusnahan kepada negara dan agama.

"Kami mahu menghentikannya. Kami tidak boleh bertolak ansur dengan perkara yang membabitkan akidah dan nilai-nilai murni agama," katanya.

JMM sepatutnya mengadakan perhimpunan itu di Dataran Merdeka hari ini tetapi permohonannya ditolak oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berikutan ketetapan bahawa Dataran Merdeka adalah hanya untuk aktiviti bertaraf nasional seperti sambutan Hari Kebangsaan, Hari Wilayah Persekutuan dan Tahun Baru. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan