Golongan Muda Diajak Tolak Ideologi Pembangkang Yang Pertikai Perlembagaan Negara

Diterbitkan: Ahad, 22 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad mengajak golongan muda di negara ini menolak ideologi baru bawaan pakatan pembangkang, khususnya berkaitan keberanian mempertikaikan perkara yang terkandung dalam Perlembagaan negara.

Menyifatkan perbuatan tersebut sebagai cuba "menjahanamkan negara", beliau berkata tindakan mempertikaikan apa yang dilakukan kerajaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan, yang didakwa tidak adil kepada rakyat oleh pembangkang, merupakan satu tohmahan yang sengaja diputar belit untuk mengelirukan rakyat.

"Mereka telah membawa ideologi baru dengan mempersoalkan banyak perkara yang telah kita terima selama ini, persoalkan sebahagian besar peruntukan dalam Perlembagaan Negara dengan menyatakan bahawa BN tidak berlaku adil kepada semua kaum dalam negara.

"Itu semua tohmahan. Sebab itu saya nak mengajak anda semua untuk menentang mereka ini yang merupakan puak-puak yang hendak menjahanamkan negara," katanya ketika berucap melancarkan program 'BN Pilihan Orang Muda' peringkat Wilayah Persekutuan di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini Ahad.

Muhyiddin berkata kecenderungan pembangkang memutarbelitkan fakta seperti isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menuntut supaya kebebasan diberikan kepada kumpulan biseksual dan transgender tidak harus dibiarkan kerana tuntutan sedemikian akan memberi masalah kepada rakyat dan negara.

Katanya hasil putar belit dalam isu PTPTN, pakatan pembangkang berjaya mempengaruhi generasi muda dan mahasiswa untuk turun berhimpun dan berkhemah di Dataran Merdeka sedangkan pada hakikatnya mereka diperdaya.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan, berkata golongan muda terutamanya Pemuda BN perlu tampil menjadi benteng bagi mempertahankan negara daripada menjadi bahan tohmahan pihak berkenaan yang semakin lantang kebelakangan ini.

"Dalam isu PTPTN di mana anak-anak muda diajak untuk pergi berhimpun di Dataran Merdeka. Saya ikuti perkembangannya sudah beberapa hari tetapi tidak ada orang sambut pun, malu muka mereka kerana ditipu oleh pihak pembangkang.

"Jadi, kalau mereka nak membawa budaya songsang dan putar belit ini, maka Pemuda BN harus tentang mereka habis-habisan dan jangan biarkan mereka ini meruntuhkan sistem hidup yang telah kita bina dan bangunkan di Malaysia selama ini," katanya.

Mengenai sokongan terhadap BN di Wilayah Persekutuan, Muhyiddin berkata tahap sokongan dan penerimaan masyarakat terhadap BN telah meningkat berbanding pada pilihan raya umum tahun 2008 hasil transformasi yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno, Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri.

Katanya pelancaran program 'BN Pilihan Orang Muda' itu juga membuktikan bahawa Pemuda BN telah bersedia mengambil peranan menyedarkan penduduk Wilayah Persekutuan yang tidak menyokong BN pada 2008 supaya menjadikan parti itu sebagai pilihan pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata Wilayah Persekutuan, sebagai pintu dan tingkap kepada negara, berada dalam situasi yang agak istimewa berbanding negeri lain dan berdasarkan semangat yang ditunjukkan Pemuda dan jentera parti, beliau yakin BN akan kembali menguasai kerusi di wilayah itu.

"Kalau sekarang ini saya lihat semangatnya memang berkobar-kobar, jadi tak payah kita tanya bila pilihan raya, hari ini pun boleh, besok boleh, sebulan dan setahun lagi pun boleh... yang penting semangat yang ada harus dipertahankan sehingga sampai masa yang difikirkan sesuai untuk pilihan raya diadakan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan