PM Galak Pelajar Kuasai Pelbagai Bahasa Untuk Persaingan Global

Diterbitkan: Sabtu, 21 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggalakkan golongan pelajar menguasai pelbagai bahasa untuk bersaing di peringkat global.

Kata Najib, dengan menguasai pelbagai bahasa, seseorang itu akan dapat menjadi warganegara yang berjaya di seantero dunia.

Berucap pada majlis pecah tanah bangunan serbaguna Sekolah Menengah (SM) Yu Yuan di sini Sabtu, beliau berkata, Bahasa Mandarin, contohnya, adalah antara bahasa terkemuka di dunia, selain Bahasa Inggeris.

"Jadi kalau kita dapat menguasai Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin, kita akan mempunyai kelebihan dalam dunia yang semakin hebat persaingannya.

"Oleh itu, saya amat menggalakkan semua pelajar kita untuk menambah lagi penguasaan pelbagai bahasa terutama sekali ketika di bangku sekolah kerana bila bekerja nanti, penguasaan pelbagai bahasa akan memberi mereka kelebihan apabila mencari pekerjaan atau bila mereka ingin menceburi bidang perniagaan," katanya.

Perdana Menteri berkata, beliau bukan sekadar menyatakan perkara itu, malah salah seorang anak beliau yang sedang menuntut di sebuah universiti di Amerika Syarikat memilih bahasa Mandarin sebagai bahasa moden yang cuba dikuasai.

Katanya, universiti tersebut menetapkan supaya setiap graduan mesti menguasai satu bahasa moden pada tahap mahir.

"Empat tahun dia belajar bahasa Mandarin dan selepas ini saya akan menghantar dia untuk bekerja di Beijing supaya dia dapat lebih lagi kemahiran dalam bahasa itu.

"Tahun sudah, saya menghantar dia ketika cuti musim panas ke Beijing untuk mempelajari bahasa Mandarin selama sebulan di Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing, Beijing," kata Najib, sambil menambah seorang lagi anak beliau kini mempelajari Bahasa Arab.

Najib berkata, cara ini akan dapat menentukan rakyat Malaysia boleh berjaya dalam persaingan global walau di mana sahaja mereka berada.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan berita gembira kepada Lembaga Pengelola SM Yu Yuan apabila meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi membantu kos pembinaan dewan serbaguna itu yang dianggarkan berjumlah RM5 juta.

SM Yu Yuan merupakan antara sekolah tertua di negeri ini yang dibuka pada 1962 dan kini mempunyai 1,023 pelajar.

Perdana Menteri menyifatkan sekolah itu menunjukkan prestasi cemerlang dengan melaksanakan dua peperiksaan iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Unified Examination Certificate (UEC).

UEC adalah ujian kepada pelajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina dari tiga tahap rendah (Junior) sehingga ke tiga tahap tinggi (Senior).

Beliau berkata, dengan peratus kelulusan PMR dan SPM pada kadar 95 peratus hingga 100 peratus setiap tahun, sekolah itu boleh dianggap berjaya melahirkan pelajar cemerlang yang mampu menyumbang masa depan negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan