Pindaan AUKU: Pelajar Berpolitik, Pegang Jawatan Fenomena Biasa

Diterbitkan: Sabtu, 21 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Fenomena pelajar universiti terbabit dalam politik serta memegang jawatan dalam persatuan dan pertubuhan di dalam dan di luar kampus akan menjadi perkara biasa berikutan kelulusan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 (AUKU).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pembabitan pelajar adalah sebahagian daripada transformasi politik negara menuju ke arah kematangan rakyat.

"Oleh kerana akan menjadi kebiasaan, maka kita tidak perlu terlalu memberi fokus. Di Malaysia, kita telah terima hakikat bahawa kematangan rakyat sudah meningkat dan tahap penghayatan terhadap demokrasi juga sudah meluas," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'Wanita Dalam Keusahawanan Sosial' (WISE) dan seminar Keusahawanan Komuniti di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan sebilangan pelajar menyertai perhimpunan menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Sementara itu, mengenai program WISE berkenaan, Mohamed Khaled, yang juga Anggota Parlimen Pasir Gudang berkata, ia bertujuan memastikan pelajar dan tenaga pengajar dapat menyumbang idea dan tenaga bagi pembangunan masyarakat.

Beliau berkata, pelajar yang terpilih untuk menyertai program berkenaan akan menggunakan sepenuhnya peluang mempelajari selok-belok perniagaan daripada keluarga angkat sekali gus mengaplikasikan apa yang telah dipelajari.

Katanya, program yang mendapat kerjasama daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu bakal menyaksikan 200 usahawan AIM menjadi keluarga angkat kepada 400 pelajar terpilih dari seluruh Institusi Pengajian Tinggi (IPT)untuk menjalankan latihan bersama sepanjang satu bulan aktiviti itu dijalankan.

"Ia merupakan satu program keusahawanan sosial yang berkonsepkan program pemindahan ilmu mengenai kemahiran perniagaan daripada pelajar IPT kepada komuniti sahabat usahawan AIM," jelasnya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan