Lynas Mulakan Prosiding Saman Fitnah

Diterbitkan: Sabtu, 21 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lynas Corporation Limited memulakan prosiding saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap portal berita 'Free Malaysia Today', berhubung apa yang didakwanya sebagai kenyataan palsu dan mengelirukan dalam artikel siarannya baru-baru ini.

Dalam kenyataan pada Jumaat, syarikat itu berkata ia juga telah memulakan prosiding saman fitnah terhadap sebuah kumpulan dikenali sebagai 'Save Malaysia, Stop Lynas', pengarah dan beberapa anggota jawatankuasanya.

Prosiding itu adalah berhubung kenyataan yang didakwa palsu serta mengelirukan yang terkandung dalam surat terbuka yang tersiar baru-baru ini dalam laman blog 'Save Malaysia, Stop Lynas'.

"Lynas telah, dan akan mengemukakan representasi undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap orang yang menyiarkan kenyataan berbentuk fitnah atau maklumat tidak benar itu tentang Lynas atau operasinya," kata pengerusi eksekutifnya Nicholas Curtis.

Loji pemproses nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Pahang menarik perhatian ramai berhubung aspek keselamatannya.

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas dijadualkan melawat tapak loji itu di Gebeng pada 10 dan 11 Mei serta mengadakan pendengaran awam pertamanya di situ. Satu lagi pendengaran awam akan diadakan di Kuala Lumpur pada 21 Mei.

Dalam kenyataan itu, Curtis berkata: "Operasi Lynas akan selamat dan mematuhi standard alam sekitar, kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan undang-undang Malaysia serta diaudit Agensi Tenaga Atom Antarabangsa.

"Undang-undang ini mencerminkan atau melebihi standard antarabangsa," katanya.

Beliau berkata Lynas sering mengadakan perbincangan dengan masyarakat Malaysia dan akan terus berbuat demikian selagi loji itu beroperasi.

"Bagaimanapun, kami bimbang kenyataan yang berbaur fitnah akan menyemai rasa takut dan bimbang yang tidak bersebab dalam kalangan orang ramai tentang operasi kami," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan