Hasrat Realisasikan Malaysia Sebagai Negara Maju Jadi Pendorong PM

Diterbitkan: Sabtu, 21 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hasrat beliau untuk menceburi bidang politik sebahagiannya didorong oleh kepercayaan terhadap potensi Malaysia yang banyak dan keyakinan penuh bahawa beliau boleh membantu negara merealisasikan potensi itu dan menjadi sebuah negara maju.

Dalam jawapan kepada soalan yang diutarakan oleh International Investor, sebuah kumpulan penyelidikan dan perunding bebas, mengenai sama ada beliau menjangkakan untuk menjawat jawatan Perdana Menteri selepas dipilih ke jawatan politik ketika berusia lewat 20-an, Najib menjawab:

"Mungkin bunyinya agak terlalu berani untuk mengatakan yang saya menjangkakan untuk menjadi PM, sebab perkara ini sudah tentulah bergantung kepada kehendak ramai orang, iaitu sesuatu yang saya sekali-kali tidak akan ambil mudah.

"Bagaimanapun, apa yang saya boleh katakan dengan pasti adalah saya mempunyai cita-cita dan hasrat untuk memimpin ketika saya menceburi bidang politik."

Dalam satu wawancara khas yang disiarkan oleh International Investor dalam "Malaysia 2012 Who's Who" yang baru sahaja diterbitkan, Najib berkata, sebahagiannya, yang didorong ketika beliau meningkat dewasa dan "melihat ayahanda saya membawa perubahan yang sebenar, menjangkau jauh bagi Malaysia dan rakyatnya."

Beliau menambah,"Saya rasa kebanyakan anak muda mengagumi kerja bapa mereka dan dalam cara tertentu, apabila bapa anda melakukan sesuatu yang memberi kesan yang sangat positif kepada kehidupan rakyat, saya rasa agak sedikit ganjil jika saya tidak mahu mengikuti jejak langkahnya!"

Ketika diminta mengulas kenyataannya tidak lama dahulu bahawa apa yang bersesuaian kepada negara di masa lepas mungkin tidak semestinya sesuai di masa depan, beliau berkata, seperti semua rakyat Malaysia, beliau berbangga dengan sejarah negara.

"Namun daripada menoleh ke belakang, saya tegas memberi tumpuan terhadap membina masa depan kita. Saya tidak akan dapat melakukannya dengan paling berkesan melainkan saya menilai situasi semasa dan membuat pilihan yang saya percaya adalah yang terbaik untuk kita sekarang dan beberapa bulan serta tahun yang mendatang."

Beliau kemudian menjelaskan sebab beliau mengambil keputusan untuk memperkenalkan langkah baru dan radikal untuk melakukan transformsi ekonomi, menyatupadukan negara dan "menjadikan kerajaan ini yang paling telus dalam sejarah Malaysia."

Di samping transformasi ekonomi dan kerajaan, Najib berkata, beliau memutuskan untuk melakukan perubahan besar seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan selanjutnya merobah negara ke arah menjadi sebuah demokrasi yang matang serta progresif. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan