Dasar Pendidikan Percuma Sedia Elaun Sara Hidup - Rafizi

Diterbitkan: Sabtu, 21 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli pada Sabtu berkata, dasar pendidikan percuma turut menyediakan elaun sara hidup, sekiranya pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

Beliau menerusi kenyataann di blognya berkata, terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memberi gambaran bahawa dasar pendidikan percuma akan menyebabkan pembiayaan sara hidup (yang kini diberikan melalui PTPTN) akan dihapuskan sama sekali.

“Perbincangan mengenai mekanisme pembiayaan sara hidup pelajar selepas PTPTN dihapuskan dan pendidikan percuma diperkenalkan telah dibuatkan dengan terperinci di peringkat Keadilan dan Pakatan Rakyat,” katanya.

Mohd Rafizi berkata, beliau menggariskan rangka kasar dasar pendidikan percuma untuk menangkis dakwaan berkenaan, yang mengatakan pembiayaan sara hidup akan dihentikan sekiranya PTPTN dimansuhkan.

Rangka dasar itu adalah seperti berikut:

1) Pelaburan yang besar akan dibuat untuk menambah peluang pendidikan tinggi di institusi awam, termasuk pembinaan universiti teknikal khusus bagi lepasan sekolah yang lebih berminat dalam kemahiran teknikal. Ini penting untuk mengimbangi jumlah tempat yang ditawarkan di institusi awam berbanding institusi swasta, seterusnya mengelakkan pergantungan kepada pendidikan tinggi berbayar di masa hadapan.

2) Yuran pengajian di institusi awam akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan juga akan menyediakan elaun sara hidup untuk menanggung kos sara hidup bagi pelajar-pelajar yang layak. Kelayakan untuk menerima elaun sara hidup dikira berdasarkan tahap pencapaian akademik dan latar belakang sosio ekonomi pelajar mengambil kira tanggungan keluarga.

3) Bagi pelajar di institusi awam yang tidak memenuhi syarat untuk menerima elaun sara hidup kerana datang dari keluarga berpendapatan tinggi, mereka boleh memilih untuk membiayai sendiri elaun sara hidup atau layak untuk memohon pinjaman elaun sara hidup dari satu tabung khas untuk membiayai kos sara hidup dan pendidikan swasta yang akan ditubuhkan kelak.

4) Bagi pelajar yang tidak mendapat tempat di institusi awam, mereka boleh terus memohon untuk meminjam dari dana pembiayaan seperti yang ditetapkan di dalam perkara (3). Pembiayaan pendidikan akan meliputi yuran dan kos sara hidup pada kadar yang ditetapkan, mengambil kira subsidi yuran yang akan diberikan kerajaan sepadan dengan yuran purata bagi kursus yang setara di institusi awam.

5) Pembiayaan untuk menampung elaun sara hidup dan sebahagian yuran di IPTS seperti yang diterangkan di atas tidak akan dikenakan sebarang faedah. Prinsip ini akan digunapakai oleh Pakatan Rakyat untuk merangka mekanisme khusus dalam melaksanakan dasar pendidikan percuma kelak. Ia jelas menangkis dakyah pihak lawan bahawa dasar pendidikan percuma akan merugikan pelajar Melayu/Bumiputra kerana ketiadaan pembiayaan sara hidup.

Mohd Rafizi berkata, sebaliknya, dasar pendidikan percuma akan meluaskan akses kepada pendidikan tinggi percuma kepada lebih ramai rakyat Malaysia pelbagai kaum.

“Pada masa yang sama, ia menukar model pembiayaan pendidikan tinggi yang kini terbukti menindas rakyat dan tidak dapat bertahan di masa hadapan,” katanya.

Menurut Mohd Rafizi dalam blognya lagi, beliau menganggarkan peruntukan tambahan untuk menyediakan elaun sara hidup, menanggung baki yuran yang kini dibayar pelajar dan menyediakan subsidi yuran yang setara kepada pelajar di intitusi pengajian tinggi swasta (IPTS) adalah sebanyak RM3 bilion setahun.

“Persoalannya, sama ada kerajaan mampu menanggung peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion setahun ini,” katanya yang percaya penghapusan konsesi tol lebuhraya seperti yang dijanjikan dalam Buku Jingga akan menjimatkan sebanyak RM5 bilion setiap tahun.

“Wang ini lebih dari cukup untuk menampung peruntukan tambahan RM3 bilion yang diperlukan untuk menyediakan pendidikan percuma,” jelas Mohd Rafizi.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan