Pelajar Cemerlang Tajaan Kerajaan Perlu Kembali Berkhidmat Kepada Negara - TPM

Diterbitkan: Jumaat, 20 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Muhyiddin Yassin berkata sesuatu kepada sebahagian penerima Program Biasiswa Nasional di Kuala Lumpur. Foto AZHAR MAHFOF
Muhyiddin Yassin berkata sesuatu kepada sebahagian penerima Program Biasiswa Nasional di Kuala Lumpur. Foto AZHAR MAHFOF

KUALA LUMPUR: Pelajar cemerlang yang menerima tajaan kerajaan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dinasihat supaya mengambil peluang untuk menyerlahkan potensi diri dan kembali berkhidmat kepada negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini kerana kadang kala, potensi seseorang individu hanya akan dapat diserlahkan apabila mereka diberi peluang.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata dalam mengharungi persekitaran global yang semakin kompetitif dan mencabar tidak mustahil generasi pelajar yang ditaja hari ini akan mencapai kejayaan yang tidak mampu dicapai ketika ini.

"Sehubungan itu, saya ingin berpesan kepada pelajar sekalian selaku generasi muda bahawa masa depan negara kita terletak di bahu anda semua.

"Oleh itu, gunakanlah peluang ini untuk belajar bersungguh-sungguh dan apabila tamat pengajian nanti, curahkanlah khidmat bakti anda kepada negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian surat tawaran Biasiswa Nasional kepada 50 pelajar yang mendapat A+ bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 di Institut Tadbiran Awam Negara di sini, Khamis.

Program Biasiswa Nasional yang hanya menaja 30 pelajar ketika dimulakan pada 2010, ditawarkan oleh kerajaan bagi membolehkan pelajar cemerlang melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka dunia berasaskan merit akademik.

Muhyiddin berkata mulai tahun ini, kerajaan memutuskan untuk menambah bilangan penerima kepada 50 berikutan peningkatan ketara pelajar yang mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM lepas.

Timbalan Perdana Menteri berkata pelajar berkenaan akan ditaja daripada peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama dalam pelbagai bidang pilihan mereka yang diiktiraf kerajaan di universiti dalam dan luar negara.

Beliau berkata tahun ini sahaja, kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memperuntukkan RM2.12 bilion untuk membiayai kira-kira 12,000 pelajar cemerlang mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama sama ada dalam mahupun luar negara.

Menurutnya, pelbagai program penajaan JPA termasuk program Biasiswa Nasional dilaksanakan bertujuan memastikan negara mempunyai modal insan yang berdaya saing dan sekaligus mampu memenuhi keperluan guna tenaga negara.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan