Lapor Aduan, Bukan Buat Tuduhan Liar – Hishammuddin

Diterbitkan: Jumaat, 20 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang ramai boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka berhadapan dengan gangguan di tapak bantahan oleh sekumpulan mahasiswa di sini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ini berikutan beberapa dakwaan berkaitan dengan serangan sekumpulan lelaki terhadap penunjuk perasaan mahasiswa itu di Dataran Merdeka awal pagi Khamis.

Hishammuddin berkata, dakwaan itu membangkitkan kemarahan orang ramai.

“Saya harap orang ramai tidak membuat kenyataan seperti itu dan menggunakan teks atau media dalam talian untuk menunjukkan emosi mereka.

“Biar pihak berkuasa melakukan siasatan,” katanya.

Sekumpulan mahasiswa yang mendirikan khemah-khemah dan berhimpun di Dataran Merdeka bagi menggesa pemansuhan pinjaman pengajian oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), didakwa diserang oleh sekumpulan lelaki pada pukul 2.45 pagi Khamis.

Seorang lelaki berusia 28 tahun telah ditahan untuk disoal siasat berhubung dakwaan insiden berkenaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan