Jangan Persoal Calon Wanita - Shahrizat

Diterbitkan: Jumaat, 20 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Wanita Umno meminta semua pihak tidak mempertikaikan kewibawaan calon daripada pergerakan itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata semua calon yang diketengahkan itu mempunyai pengaruh yang besar dan mampu menarik sokongan pengundi untuk memilih Barisan Nasional pada pilihan raya umum kelak.

"Saya mahu semua menghormati calon Wanita. Jangan lihat kami sebagai jentera parti sahaja, tapi tak layak sebagai calon. Saya akan minta kepada presiden setiap parti komponen mesti ada calon daripada wanita," katanya pada Majlis Pelancaran Jelajah Sayang Wanita Negeri Kelantan di sini, Jumaat.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim, Ketua Wanita Umno Kelantan Datin Rahimah Mohamad dan Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa Datuk Dali Husin.

Shahrizat berkata Kelantan mempunyai ramai calon Wanita yang berkaliber untuk diketengahkan pada PRU akan datang dan yakin mereka mampu membawa kemenangan kepada BN di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau tidak mahu melihat senario 'cah keting' berlaku lagi kerana ia hanya merugikan parti.

"Kita perlukan pembangunan di Kelantan. Para suami kena bantu wanita (isteri) beri sokongan padu agar mereka turun padang bekerja demi parti," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan