Dewan Rakyat Catat Sejarah Selepas 22 Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 20 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertama kali dalam tempoh 22 tahun, persidangan Parlimen mencatat sejarah apabila Dewan Rakyat 'menggantung' masa bagi membolehkan semua aturan urusan mesyuarat dan usul diselesaikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Peraturan Mesyuarat 90(2) digunakan bagi menggantung Peraturan Mesyuarat 12 yang menyatakan semua aturan mesyuarat mesti diselesaikan pada hari yang sama.

"Perkara ini tidak pernah terjadi sejak saya telibat dalam hal ehwal Parlimen," katanya kepada pemberita di Parlimen di sini, Jumaat.

Difahamkan pertama kali kejadian yang sama berlaku ketika pengisytiharan darurat di Kelantan pada 1977.

Mohamed Nazri membentangkan usul tersebut sebelum menjelang tengah malam ketika Dewan Rakyat sedang membahaskan Rang Undang-Undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012 untuk bacaan kali kedua.

Ketika usul itu dikemukakan, terdapat 34 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), 17 (pembangkang) dan seorang wakil rakyat Bebas masih berada di dalam Dewan Rakyat yang dipengerusikan Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Hingga berita ini ditulis, Dewan Rakyat masih sedang membahaskan Rang Undang-Undang Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.

Mengikut senarai aturan mesyuarat, Dewan Rakyat perlu meluluskan rang undang-undang tersebut serta lima lagi usul Kementerian Kewangan sebelum sesi Parlimen bagi penggal ini ditangguhkan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan