Ahli Parlimen BN Selamatkan Rumah P.Ramlee

Diterbitkan: Jumaat, 20 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Suria, (tengah) merupakan isteri kepada Allahyarham Nasir P. Ramlee, anak kepada seniman agung, Tan Sri P.Ramlee, bersama dua anak lelakinya, Zakaria (kiri) dan Zaidee, 21, (kanan) melihat gambar lama arwah datuk mereka di rumah keluarga yang selamat daripada disita dan dilelong oleh DBKL. Foto LIM CHENG KIAT
Suria, (tengah) merupakan isteri kepada Allahyarham Nasir P. Ramlee, anak kepada seniman agung, Tan Sri P.Ramlee, bersama dua anak lelakinya, Zakaria (kiri) dan Zaidee, 21, (kanan) melihat gambar lama arwah datuk mereka di rumah keluarga yang selamat daripada disita dan dilelong oleh DBKL. Foto LIM CHENG KIAT

KUALA LUMPUR: Bagi memastikan legasi Tan Sri P.Ramlee terus hidup, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah campur tangan untuk menyelamatkan rumah seniman agung itu di Taman Setapak di sini, daripada ia dilelong oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Keluarga P.Ramlee yang menetap di situ gagal membayar tanggukan cukai pintu yang berjumlah RM10,220 sejak lebih 10 tahun lalu, menyebabkan DBKL terpaksa menyitanya.

“Kami berjaya untuk mengumpul sebanyak RM9,565,” kata Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohammad Aziz mewakili mereka yang lain untuk memberi bantuan.

“Kami terkejut apabila mengetahui rumah itu akan disita,” katanya di lobi Parlimen di sini, Khamis, sambil mengatakan tindakan DBKL itu sebagai "sesuatu yang tidak menghormati penghibur legenda".

Rumah berkenaan, didaftarkan di bawah nama Ramli Puteh, kini diduduki oleh menantu seniman agung tersebut, Suria Bakar, yang merupakan balu kepada Nasir Ramlee, anak ikon filem dan muzik itu.

Suria menetap bersama dua anaknya, Zakaria Nasir, 21, dan Zaidee Nasir, 22.

Mohamad menggesa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan juga organisasi yang berkemampuan supaya membantu keluarga terbabit.

Beliau mencadangkan supaya rumah P.Ramlee dijadikan sebagai tapak warisan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail menggunakan budi bicaranya untuk mengecualikan Suria daripada membayar faedah dan waran, berjumlah, RM5,874.

Ketua Biro Aduan Komuniti Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh said berkata, segala jumlah tunggakan yang perlu dibayar kepada DBKL telah diselesaikan pada Khamis.

“Walaupun P.Ramlee meninggal dunia sebelum beliau sempat tinggal di rumah itu, tetapi adalah sesuatu yang memalukan untuk melihat rumah itu dilelong,” katanya.

Muhd Khairun berkata, Zakaria dan Zaidee pernah ditawarkan biasiswa untuk belajar di Universiti Lim Kok Wing, dalam Diploma Profesional bagi Muzik dan Bunyi, sebagai menghargai sumbangan arwah datuk mereka kepada industri hiburan.

Bagaimanapun, Zaidee menolak tawaran tersebut, dengan mengatakan dia sebenarnya ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang lakonan.

Biasiswa Zakaran dibatalkan ekoran kegagalannya dalam beberapa kertas.

Menerusi bantuan Pemuda Umno, Zakaria diberi peluang untuk mendapatkan biasiswa itu semula dengan syarat dia perlu menduduki peperiksaan untuk lulus.

Rumah berkenaan, dibeli oleh P.Ramlee pada tahun 1960-an, pernah digunakan sebagai lokasi penggambaran filem beliau bertajuk Gerimis pada 1968.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan