Serangan Di Dataran Merdeka: Polis Nafi Dakwaan Lambat Bertindak

Diterbitkan: Khamis, 19 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan peserta yang menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) kononnya pasukan keselamatan itu lambat bertindak mengawal keadaan semasa mereka diserang satu kumpulan yang tidak dikenali di Dataran Merdeka di sini, awal pagi Khamis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, tuduhan itu adalah melulu kerana enam buah MPV peronda polis bersama pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) telah tiba lima minit selepas insiden itu berlaku.

"Malah disebabkan kejadian kira-kira pukul 2.40 pagi itu, dua detektif polis cedera di bahagian belakang ketika cuba meleraikan pergaduhan. Serangan itu dilakukan sekumpulan 30 hingga 40 orang yang berumur lingkungan 20 dan 30-an yang memakai baju hitam," katanya kepada pemberita di sini.

Mohmad berkata, jika benar kedatangan pihak polis lewat, tidak mustahil peserta berkenaan yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak Sabtu lepas bagi membantah PTPTN boleh mengalami kecederaan yang lebih serius atau terbunuh.

Beliau berkata, disebabkan ketangkasan pihak polis juga seorang daripada anggota kumpulan penyerang itu berumur 28 tahun dan bekerja sendiri telah ditangkap untuk membantu siasatan dan ditahan reman sehingga 24 April ini.

Mohmad berkata, dalam kejadian itu seorang ahli perniagaan berumur 40 tahun cedera di mata dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur, namun polis masih belum dapat mengenal pasti sama ada mangsa adalah penyerang atau peserta.

"Setakat ini polis telah menerima enam laporan daripada pegawai polis, pegawai DBKL serta seorang mangsa yang cedera.

"Polis masih tidak dapat mengesan punca mereka diserang dan kita akan merakam keterangan mangsa serta lelaki yang ditahan itu untuk siasatan lanjut," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan