Selangor Tak Akan Bubar DUN Serentak Dengan Persekutuan

Diterbitkan: Khamis, 19 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor disaran supaya tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan pilihan raya serentak dengan kerajaan Persekutuan sekiranya daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membabitkan pengundi negeri itu tidak dibersihkan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, saranan itu tidak membabitkan tiga lagi kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

"Kita sarankan supaya Selangor tidak turut serta dalam pilihan raya umum akan datang. Kita nak tunggu sehingga daftar pemilih benar-benar dibersihkan.

"Di Selangor sahaja sehingga Disember 2011 ada pertambahan (pengundi) baru sehingga setengah juta. Selain itu wujud juga pemindahan tempat mengundi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Tambah Anwar, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah mengambil maklum mengenai saranan berkenaan.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan daftar pemilih membabitkan tiga lagi negeri lain, Anwar berkata: "Kita tengok paling parah di Selangor mungkin kerana ada fobia nak rampas Selangor."

Sebelum ini Abdul Khalid berkata DUN Selangor tidak akan dibubarkan meskipun kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen lebih awal namun hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012.

Manakala Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula telah menyatakan kesediaan untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Parlimen bagi menjimatkan peruntukan kewangan dan tenaga kerja.

Mursyidul Am PAS itu menegaskan beliau tidak kisah sekiranya DUN di negeri seperti Pulau Pinang dan Selangor dibubarkan berasingan dengan pembubaran Parlimen.

Namun Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula menyerahkan keputusan kepada kepimpinan parti untuk menentukannya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan