Rumah P.Ramlee Akan Diselamatkan

Diterbitkan: Khamis, 19 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tampil menyelamatkan rumah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, yang disita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas keluarga seniman agung itu gagal untuk membayar cukai pintu.

Berita mengenai tindakan DBKL itu mendapat tidak balas secara spontan daripada penggubal undang-undang yang menaikkan kadar tunggakan cukai pintu berjumlah RM,9565 kepada RM10,000.

Ahli Parlimen BN-Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berkata, anggota Parlimen Barisan terkejut apabila mengetahui rumah di Taman Setapak, Kuala Lumpur disita, sambil menambah bahawa tindakan itu tidak menghormati bintang legenda negara.

“Rumah ini masih diduduki oleh menantu beliau (Suria Bakar) dan cucu-cucunya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Beliau turut menggesa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan organiasi yang berkemampuan supaya membantu keluarga P.Ramlee menyelesaikan masalah itu agar ia tidak berulang lagi.

Mohamad berkata, rumah tersebut sepatutnya dijadikan sebagai tapak warisan.

Menurut laporan pada Isnin, DBKL telah memberi tempoh seminggu kepada keluarga P.Ramle untuk membayar tunggakan cukai pintu sebanyak RM10,000.

Rumah itu dibeli oleh P.Ramlee pada tahun 1960-an dan digunakan sebagai lokasi untuk filem beliau berjudul Gerimis pada 1968.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan