Rang Undang-Undang Umur Persaraan Swasta Dibentangkan Di Dewan Rakyat Jun Ini

Diterbitkan: Khamis, 19 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Rang Undang-undang Umur Persaraan Swasta bagi menaikkan had umur persaraan sehingga 64 tahun dengan had bersara mandatori 60 tahun, dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jun ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata draf itu telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk diperhalusi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 kepada 636 warga kementerian itu bagi pihak Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam, di sini, Khamis.

Pada masa ini, tiada peruntukan khas mengenai persaraan wajib bagi sektor swasta.

Di bawah undang-undang yang sedang digubal itu, seorang pekerja hanya akan bersara wajib apabila mencapai umur 60 tahun dan jika khidmatnya masih diperlukan, tempoh perkhidmatan boleh dilanjutkan selama empat tahun lagi. Sementara itu, mengulas perkara berkaitan, Maznah berkata gaji minimum sektor swasta akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 April ini di sini.

Mengulas perkara berbeza, Maznah berkata sebanyak 487,000 peluang pekerjaan diwujudkan di bawah transformasi ekonomi negara sejak 2008 dalam bidang kemahiran tinggi, separuh mahir dan berkemahiran rendah.

Katanya keprihatinan kerajaan terhadap beban hidup rakyat juga tidak terhenti setakat menawarkan peluang pekerjaan kerana secara keseluruhannya kerajaan memberi subsidi sebanyak RM21 bagi sebuah keluarga setiap hari.

"Purata barangan subsidi bagi satu keluarga bagi barangan minyak, beras, gula ialah dalam RM14. Dari segi petrol dan gas pula ialah RM7 bagi satu keluarga. Jadi purata subsidi bagi satu keluarga dalam sehari ialah RM21, sebulan di antara RM500 hingga M600. Ia jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan