Polis Tidak Tangani Bersih 3.0, Bukan Satu Ancaman Keselamatan - Hishammuddin

Diterbitkan: Khamis, 19 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Bersih 3.0 yang bakal dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 28 April ini bukan satu ancaman keselamatan dan ia tidak akan menjadi tanggungjawab pihak polis untuk menanganinya, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Tetapi jika penunjuk perasaan melakukan sesuatu yang lebih, jangan salahkan pihak polis,” katanya, sambil menambah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyelia demonstrasi itu.

“Ia bukan menjadi isu keselamatan, ia adalah lebih kepada politik dan kita akan berurusan dengan mereka, menggunakan cara yang sama (politik),” katanya, menambah bahawa ia tidak melihat perkara tersebut sebagai satu masalah.

“Ia hanyalah sekumpulan mereka yang mahu menjadikannya sesuatu isu seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pilihan raya, Parlimen, demokrasi dan kilang memproses nadir bumi Lynas dalam satu perhimpunan yang besar,” katanya.

Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan mesyuarat agung tahunan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia di sini, Khamis.

Beliau berkata, polis akan menjadi progresif apabila mahu mengendalikan penunjuk perasaan.

Beliau berkata, demonstrasi segera kini menjadi satu budaya di seluruh dunia, ia bergantung pada polis tempatan untuk mengendalikannya secara baik dengan cara yang progresif.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan