Pindaan Akta Langkah Permulaan Yang Baik - Organisasi Media

Diterbitkan: Khamis, 19 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Organisasi media melihat pindaan Akta Mesin Cetak dan Akta Penerbitan yang dibentangkan di Dewan Rakyat sebagai langkah ke arah kebebasan akhbar yang lebih besar.

"Ia adalah satu langkah kukuh dan ke hadapan untuk media. Kami melihat ini secara positif kerana terdapat undang-undang berkaitan media tidak lagi relevan dalam zaman Internet dan media sosial," kata Pengarah Eksekutif dan Ketua Editor Kumpulan Star Publications (M) Bhd Datuk Seri Wong Chun Wai.

"Kami memahami keperluan proses diadakan beransur-ansur tetapi kami berharap media cetak tidak lagi perlukan permit kelak," kata Wong, sambil menambah bahawa langkah ini perlu menjadi permulaan terhadap keperluan menamatkan permit percetakan.

Wong juga menyatakan sokongan terhadap cadangan majlis media, yang mengatakan bahawa ianya adalah standard di negara-negara maju.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya mengalu-alukan pindaan ini dan berharap akan tiba masanya Akta tersebut dihapuskan.

"Saya berharap satu hari nanti Kerajaan akan mengkaji semula Akta secara menyeluruh dan mungkin memansuhkan supaya kita tidak akan mempunyai" double standard "di antara media cetak dan semua jenis media yang lain," katanya.

Kesatuan Wartawan kebangsaan (NUJ) menggesa Kerajaan untuk mendapatkan maklum balas daripada orang ramai mengenai pindaan.

Setiausaha agung, NUJ V. Anbalagan berkata maklum balas adalah perlu kerana pindaan terakhir telah dilakukan pada tahun 1984.

Beliau berkata pindaan "dilihat baik" tetapi mengulangi pendirian NUJ bagi menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk mengkaji semula Akta serta Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi.

Pusat Kewartawanan Bebas berkata Akta itu harus dimansuhkan dan tidak dipinda semata-mata.

"Akta keseluruhannya perlu dimansuhkan dan surat khabar patut bebas untuk menerbitkan tanpa perlu mendapatkan permit kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan