Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Dibentang Di Dewan Rakyat

Diterbitkan: Khamis, 19 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, yang bertujuan mengadakan peruntukan bagi ganjaran kepada pemberi maklumat, dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, Khamis.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Uggah Embas membentangkan pindaan padaFasal 19 yang bertujuan memasukkan seksyen baru 49B yang dicadangkan bagi mengadakan peruntukan bagi ganjaran kepada pemberi maklumat.

Menurutnya Ketua Pengarah boleh memerintahkan supaya ganjaran patut dibayar kepada pemberi maklumat bagi perkhidmatan, maklumat, pernyataan atau bantuan berkenaan pengesanan apa-apa kesalahan di bawah akta itu.

Pindaan itu juga bertujuan melindungi pemberi maklumat dengan merahsiakan identitinya daripada diketahui, katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata mahkamah mempunyai kuasa untuk mendedahkan pemberi maklumat jika mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan tanpa pendedahan pemberi maklumat tersebut.

Pindaan itu turut melibatkan subseksyen 51(1) Akta 127 dengan memasukkan perenggan baru 51(1)(tt) untuk memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan tentang apa-apa perkara yang berhubungan dengan penilaian kesan kepada alam sekeliling.

Kemasukan perenggan 51(1)(w) dan (x) bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan orang yang berwibawa dan kecekapan penyedia latihan yang menyediakan latihan dalam lapangan alam sekeliling, masing-masing.

Sementara itu, pindaan Akta Perubatan 1971 turut dibentangkan untuk bacaan kali pertama bagi memperkukuhkan pentadbiran Majlis Perubatan Malaysia dan mempertingkatkan pendaftaran serta pengawalseliaan profesion perubatan.

Ia dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Pindaan itu turut memperuntukkan penubuhan suatu Jawatankuasa Kelayakan Perubatan untuk menguruskan akreditasi dan pengiktirafan kelayakan bagi institusi latihan tempatan dan antarabangsa.

Rosnah berkata ia juga bertujuan memasukkan catatan bagi Pengamal Berdaftar dengan Kelayakan Kepakaran ke dalam Daftar memandangkan akta sedia ada hanya menetapkan catatan bagi pengamal dengan kelayakan perubatan asas.

Perkara penting yang lain dalam pindaan yang dicadangkan ialah memasukkan pengemukaan bukti bagi apa-apa kehendak yang ditetapkan oleh Majlis dan insurans tanggung rugi sebagai prasyarat bagi memperbaharui Perakuan Pengamalan Tahunan.

Ini adalah bagi memastikan perlindungan kepada pengamal dan pesakit. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan