Perdana Menteri Umum 42 Peluang Perniagaan Inovatif

Diterbitkan: Khamis, 19 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan 42 peluang perniagaan inovatif (IBO) yang ditawarkan secara Tender Terbuka kepada komuniti perniagaan dan pelabur Malaysia.

Beliau berkata semua 42 peluang yang diperkenalkan selaras dengan hasrat kerajaan memperkasa proses inovasi dalam negara itu berpotensi menjana pendapatan RM1 bilion dalam tempoh masa tertentu.

Perdana Menteri berkata iklan mengenainya akan dimuatkan dalam semua akhbar utama pelbagai bahasa esok, dan segala maklumat juga boleh diperoleh menerusi laman web korporat Agensi Inovasi Malaysia (AIM).

"Ini merupakan peringkat permulaan, selepas ini Khazanah Hak Intelek Malaysia (KHIM) akan memperluaskan lagi peluang-peluang inovasi ini, dan akan jadi pusat sehenti untuk syarikat-syarikat perniagaan mencari peluang inovasi," kata beliau.

"Melalui cara ini syarikat-syarikat swasta kecil dan besar akan dapat peluang untuk mempelbagai perniagaan mereka dan juga untuk mereka mendahului pesaing-pesaing mereka," kata Najib pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ke-empat Majlis Tadbir Urus AIM di bangunan Perdana Putra di sini.

Perdana Menteri berkata beliau berharap syarikat-syarikat perniagaan akan meneliti 42 pelung yang dikumpul oleh pihak universiti-universiti tempatan dan juga pusat-pusat penyelidikan dalam negara itu, yang pada pendapat AIM mempunyai potensi besar untuk dikomersilkan, menjana pendapatan serta kekayaan untuk mereka yang terlibat, dan negara keseluruhannya.

Menjawab soalan mengenai sokongan kepada syarikat-syarikat yang terlibat, Najib berkata syarikat berkenaan boleh dipertimbangkan untuk mendapat sokongan dari segi pinjaman dan insentif tertentu, namun ia masih tertakluk kepada merit setiap kes.

Beliau berkata syarikat-syarikat yang berminat diberi tempoh sebulan untuk mengemukakan cadangan kepada AIM, dan keputusan muktamad akan dibuat oleh Majlis Tadbir Urus AIM.

AIM merupakan badan berkanun, ditubuhkan oleh Parlimen pada 2010 untuk memacu aktiviti dan inisiatif inovasi dalam negara, manakala Majlis Tadbir Urus itu merupakan badan pengurusan yang bertanggungjawab memberi nasihat serta panduan kepada AIM, di mana 17 anggotanya terdiri daripada menteri-menteri kabinet dan pemimpin industri. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan