Mazlan Dilantik Wakil Tetap Malaysia Ke PBB Di Geneva - Berita Semasa | mStar

Mazlan Dilantik Wakil Tetap Malaysia Ke PBB Di Geneva

Diterbitkan: Khamis, 19 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Mazlan Muhammad dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland yang baharu, berkuat kuasa, Khamis.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyerahkan surat pelantikan kepada beliau pada satu majlis, di sini, Khamis.

Mazlan, 56, yang sebelum ini adalah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand dijadual memulakan tugas barunya bulan depan.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Duta ke Myanmar dari 2007 hingga 2011 serta Duta ke Iran bagi tempoh 2001 hingga 2004.

Mazlan juga mempunyai pengalaman luas dalam diplomasi multilateral selepas berkhidmat di Bahagian Pertubuhan Antarabangsa kementerian itu dari 1988 hinggi 1991. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan