Malaysia - Kazakhstan Diharap Tingkat Kerjasama, Terokai Pelbagai Sektor - Tuanku Abdul Halim

Diterbitkan: Khamis, 19 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berpuas hati dengan perkembangan yang menggalakkan di bidang perdagangan, ekonomi dan pembangunan insan serta inisiatif dalam bidang minyak dan gas antara Malaysia dan Kazakhstan.

Bagaimanapun, Seri Paduka berharap kedua-dua negara dapat terus menerokai sektor-sektor lain dalam memapankan lagi kerjasama dua hala.

"Walaupun hubungan yang mantap telah sedia terjalin, kita perlu menerokai sektor-sektor lain bagi memapankan lagi kerjasama dua hala dan mengembangkan potensi-potensi yang telah dikenal pasti tersebut," titah Seri Paduka.

Seri Paduka bertitah demikian di Majlis Santapan Negara bagi meraikan Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev di Istana Negara di sini, Rabu.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berkenan berangkat ke majlis itu yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Tuanku Abdul Halim bertitah, pembukaan Kedutaan Besar Malaysia di Astana merupakan bukti hubungan erat yang wujud antara Malaysia dengan Kazakhstan, namun usaha yang lebih perlu diambil bagi meningkatkan interaksi dan pemahaman antara rakyat kedua-dua negara bagi mewujudkan platform yang kukuh untuk merealisasikan aspirasi yang sama.

Seri Paduka turut bertitah menghargai pandangan sama yang dikongsi kedua-dua negara dalam banyak isu serantau dan antarabangsa termasuk proses pelbagai hala serta menyelesaikan konflik secara aman.

"Perkara hasil kerjasama yang erat antara Malaysia dan Kazakhstan di arena antarabangsa menyumbang kepada kestabilan dan keamanan dunia," titah Seri Paduka.

Sementara itu, Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev berkata kejayaan cemerlang Malaysia, yang juga digelar 'Harimau Asia', harus dilihat sebagai contoh oleh negara-negara lain di rantau ini.

Menyatakan kedua-dua negara berkongsi nilai yang sama dalam latar belakang masyarakat, agama dan bahasa, Nazarbayez juga berpandangan persetujuan yang dicapai di sebalik perbezaan, adalah asas yang tidak boleh dicabul bagi pembangunan dinamik seluruh negara.

"Pada pandangan saya, ini adalah hasil semula jadi dasar bijak oleh Pemerintah Tertinggi dan Kerajaan negara ini," kata Nazarbayev dan menambah beliau yakin Malaysia akan berjaya mencapai matlamatnya menjadi negara paling maju dalam dunia Islam menjelang 2020. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan