Khaled Nordin Perjelas Komen Twitter - Berita Semasa | mStar

Khaled Nordin Perjelas Komen Twitter

Diterbitkan: Khamis, 19 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan mahasiswa yang mengadakan tunjuk perasaan di Dataran Merdeka sepatutnya sedar akan risiko dan sebarang kemungkinan yang boleh berlaku terhadap mereka termasuk terdedah kepada ancaman keselamatan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kumpulan mahasiswa itu perlu menanggung risiko yang mereka hadapi apabila memilih untuk berkhemah di Dataran Merdeka terutama tanpa kebenaran pihak berkuasa.

"Apa yang saya maksudkan ialah (serangan) adalah risiko yang perlu pelajar-pelajar itu tanggung sendiri apabila mereka pilih untuk berkhemah di sana.

"Berkemungkinan juga ada kumpulan yang tidak berpuas hati dengan mereka," katanya ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kecaman banyak pihak terhadapnya termasuk Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini apabila disifatkan memberi komen tidak sensitif melalui twitter berhubung insiden kekecohan di Dataran Merdeka awal pagi Khamis.

Mohamed Khaled menerusi akaun twitternya menulis seperti yang dipetik - @khalednordin: "Takde siapa pun suruh berkhemah di Dataran, bila berlaku apa2 perkara, jangan tagih simpati."

Komen beliau itu mendapat pelbagai reaksi pengikut twitternya termasuk kumpulan mahasiswa.

Awal pagi Khamis, kumpulan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka bagi menuntut pendidikan percuma dan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) didakwa diserang sekumpulan samseng yang tidak dikenali.

Mengulas lanjut Mohamed Khaled bagaimanapun berkata, beliau mengecam keras serangan berkenaan yang disifatkan sebagai keterlaluan.

"Saya sendiri tidak pasti siapa yang melakukannya dan kita harap agar pihak polis menyiasat mengenai insiden terbabit," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan