Jangan Jadi Kuda Tunggangan Pembangkang Dalam Isu PTPTN - Noh Omar

Diterbitkan: Khamis, 19 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) perlu mengelak daripada menjadi kuda tunggangan pembangkang dalam isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ini kerana katanya, kerana janji pemansuhan pinjaman PTPTN oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya sekadar umpan kepada pelajar bagi melaksanakan agenda mereka termasuk mengadakan demonstrasi jalanan.

Pembangkang kini beralih kepada penuntut IPT kerana sudah tiada pihak lain yang boleh diperalat. Kalau dulu semasa pilihan raya umum 2008, pembangkang menggunakan Hindraf, kini masyarakat India sudah kurang memberi sokongan, katanya.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor berkata demikian pada sesi soal jawab bersama pelajar Universiti Teknologi Mara di sini, pada program Pemimpin Turun Kampus Bersama Anak-anak Selangor malam Rabu.

Beliau juga berkata pelajar tidak perlu melalak dan berkhemah di Dataran Merdeka untuk menuntut pemansuhan PTPTN, sebaliknya belajar dengan tekun sehingga memperolehi kepujian kelas pertama sekali gus tidak perlu membayar balik pinjaman PTPTN mereka.

"Kalau melalak, berdemo di Dataran Merdeka macam mana nak dapat 'First Class Honours', kelas pun tak pergi sebab berdemo," katanya.

Tambahan pula kata Noh, tidak banyak negara yang memberikan pendidikan percuma dan satu daripadanya ialah Norway, namun rakyat negara itu terpaksa membayar cukai yang tinggi.

Jika Malaysia memberikan pendidikan tinggi percuma, ini akan meningkatkan beban kerajaan untuk menambahkan subsidi bahan api, makanan dan keperluan asas yang berjumlah RM30 bilion setahun.

Beliau juga berkata pakatan pembangkang juga perlu membuktikan mereka mengamalkan konsep negara berkebajikan dengan memulakan langkah memberi pendidikan percuma kepada pelajar di Universiti Selangor kerana Selangor adalah sebuah negeri yang maju dan terkaya di Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan