'Tibai' Ditubuh Bagi Tolak Anwar Ibrahim Dalam PRU13

Diterbitkan: Rabu, 18 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta bekas sahabat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendedahkan kepada rakyat siapa sebenarnya Anwar serta menangkis segala fitnah yang dilemparkan oleh pemimpin pembangkang itu terhadap kerajaan.

Bekas Naib Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Zahid Md Arip yang mengetuai pertubuhan itu yang dinamakan "Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim" atau TIBAI berkata pertubuhan itu akan melaksanakan kempen menyeru rakyat supaya bersama-sama bangkit dan menolak Anwar dan sekutunya dalam pilihan raya akan datang.

"Kita akan turun di kawasan-kawasan yang dimenangi dan ditandingi PKR khususnya dalam melaksanakan agenda kita untuk menyedarkan rakyat di situ tentang siapa sebenarnya Anwar," katanya kepada pemberita bagi mengumumkan penubuhan TIBAI di Kelab Sultan Sulaiman, di sini,Rabu.

Muhammad Zahid berkata pertubuhan itu akan menggunakan pelbagai cara bagi menyeru rakyat mengenali siapa sebenar Anwar.

"Kita akan menggunakan pelbagai cara, kalau ada sepuluh cara, sepuluh cara itu yang akan kita gunakan...kita tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan pentas ceramah dan berhimpun secara aman untuk mendedahkan sikap sebenar Anwar Ibrahim.

"Kalau anda lihat sejak PKR ditubuhkan sehingga sekarang, sebanyak 28 ahli (pemimpin tertinggi) yang boleh saya simpulkan hebat-hebat belaka sudah meninggalkan PKR. Ini menunjukkan apa, ia mesti ada sesuatu yang tidak kena dalam PKR yang menyebabkan mereka meninggalkan parti itu," katanya.

Beliau berkata pihaknya berharap rakyat tidak terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan oleh Anwar serta rakannya dalam pakatan pembangkang terhadap pemimpin kerajaaan.

"Kita lihat dalam ceramah Anwar dia sudah ketandusan modal, tiada 'content' melainkan memburuk-burukan kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Muhammad Zahid berkata TIBAI akan dilancarkan Ahad ini di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan