RUU Kesalahan Keselamatan Lindungi Ancaman Pengganas - Nazri

Diterbitkan: Rabu, 18 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang diluluskan Dewan Rakyat pada Selasa adalah berbeza dengan undang-undang jenayah biasa yang bertujuan melindungi Malaysia daripada terdedah kepada ancaman pengganas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Malaysia tidak boleh berlengah dan membiarkan wujudnya kelompongan dalam undang-undang ke arah menentang keganasan.

"Kita tidak mampu untuk menunggu sehingga Menara Berkembar Petronas diletupkan barulah rang undang-undang ini digubal.

"Kita harus belajar daripada pengalaman Amerika Syarikat kerana mereka hanya menggubal undang-undang yang tegas selepas tragedi 11 September 2001," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 di Dewan Rakyat, di sini.

Selain itu Mohamed Nazri berkata, kewujudan undang-undang di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan itu bagi menyekat kumpulan keganasan seperti militan atau individu yang bertindak secara sewenang-wenangnya mendatangkan ancaman terhadap nyawa dan harta benda kepada mana-mana individu atau lokasi sasarannya.

Jelasnya, kumpulan keganasan yang dimaksudkan itu mempunyai objektif dan agenda tersendiri untuk mendatangkan ancaman keselamatan tanpa mengambil kira asas perjuangannya.

"Sebagai contoh Jemaah Islamiah dan Al-Qaeda yang telah jelas mendatangkan ancaman terhadap keselamatan dunia.

"Sepanjang tempoh penguatkuasaan ISA selama 52 tahun iaitu semenjak tahun 1960 hingga April 2012, seramai 10,883 orang telah ditahan di bawah seksyen 8(1) ISA manakala 4461 orang telah dikenakan perintah tahanan," katanya.

Tambah beliau, sejak ISA diperkenalkan, tangkapan dan tahanan yang dibuat di bawah akta itu meliputi lima kegiatan iaitu pelampau agama seperti Al-Arqam serta kumpulan militan seperti Al-Maunah, Kumpulan Militan Malaysia (KMM), Jemaah Islamiah (JI) dan Daulat Islamiah (DI).

Selain itu tiga lagi kegiatan yang menyalahi akta ISA ialah pemalsuan dokumen perjalanan, penyeludupan migran dan pemalsuan wang syiling.

"Buat masa ini militan yang dikenakan perintah tahanan ialah seramai 14 orang. Yang dikenakan perintah pula, ialah lapan orang.

"Manakala yang digantung perintah tahanan pula ialah seramai dua orang. Setakat ini, 22 orang militan sememangnya telah dikenal pasti oleh pihak polis, manakala lebih ramai lagi yang berada di luar sana yang berada di bawah radar pihak polis," katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri memberitahu bahawa berdasarkan penyiasatan dan pemantauan pihak berkuasa, sejumlah 64 elemen militan Jemaah Islamiah Malaysia menerima latihan ketenteraan di Selatan Filipina manakala 38 elemen militan menerima latihan ketenteraan di Afghanistan.

Katanya, kesemua perancangan ini tidak didedahkan kepada umum kerana ia akan menimbulkan kegusaran kepada orang ramai terutamanya boleh menjejaskan pembangunan ekonomi negara.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan