Presiden Kazakhstan Diberi Sambutan Negara

Diterbitkan: Rabu, 18 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev, yang tiba semalam untuk lawatan dua hari ke Malaysia, Rabu, diberi sambutan negara di Dataran Parlimen.

Ketibaan Nazarbayev dan rombongan pada pukul 9 pagi disambut Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri-menteri Kabinet.

Upacara sambutan bermula dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan oleh pancaragam Rejimen Askar Melayu Diraja disusuli tembakan meriam 14 das.

Nazarbayev dan anggota rombongannya kemudian diperkenalkan kepada anggota Jemaah Menteri dan perwakilan diplomatik asing yang menghadiri upacara itu.

Ini adalah lawatan ketiga Nazarbayev ke Malaysia dalam tempoh 16 tahun, yang mencerminkan hubungan erat antara Malaysia dan Kazakhstan. Dua lawatan terdahulu adalah pada 1996 dan 2006.

Pada lawatan kali ini, Nazarbayev diiringi delegasi yang terdiri daripada menteri dan juga pegawai kanan kerajaan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan