PM Dijadual Melawat Sabah Jumaat Dan Sabtu Ini

Diterbitkan: Rabu, 18 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melawat Sabah pada Jumaat dan Sabtu ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Akhbar Jabatan Ketua Menteri Sabah di sini, Rabu, Perdana Menteri mempunyai atur cara yang padat sepanjang lawatan dua hari itu.

Najib dijadual menghadiri majlis pelancaran Minggu Saham Amanah Malaysia 2012 di Kompleks Sukan Likas, dekat sini sejurus tiba di Negeri Di Bawah Bayu pada kira-kira pukul 2.30 petang pada Jumaat.

Beliau kemudiannya akan berlepas ke Sandakan, bahagian pantai timur Sabah, bagi menghadiri Majlis Perdana Bersama Rakyat 1Malaysia Parlimen Sandakan dan Parlimen Batu Sapi di Dewan Hakka, Sandakan.

Pada keesokan harinya, Perdana Menteri akan melakukan tinjauan Mesra di Taman Mawar dan Bandar Kim Fung, Sandakan sebelum berlepas pulang ke ibu negara. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan