Pindaan Akta Profesion Undang-Undang Dibentang Di Dewan Rakyat

Diterbitkan: Rabu, 18 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Profesion Undang-Undang 1976, yang memasukkan bahagian baru berkenaan meliberalisasikan profesion undang-undang di Malaysia, dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong di Dewan Rakyat, Rabu.

Pindaan berkaitan liberalisasi itu adalah untuk memajukan Malaysia menjadi hab kewangan Islam antarabangsa selain mengembangkan kerja, kepakaran dan pengkhususan profesion undang-undang di Malaysia.

Pindaan itu akan membolehkan firma guaman asing menjalankan amalan di Malaysia dalam bidang amalan yang dibenarkan melalui lesen perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan.

Firma guaman tempatan juga dibenarkan untuk menggunakan khidmat peguam asing tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Namun, pindaan itu memperuntukkan bahawa firma guaman asing yang tidak mempunyai lesen, tidak boleh menjalankan amalannya di negara ini.

Mana-mana firma guaman asing yang melanggar peruntukan itu boleh didenda tidak melebihi RM100,000, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan